Tuesday, May 8, 2012

::: Traumatik Paranoid :::




Sejak dua menjak yg lalu, hati cukup gundah gulana bila ada berita yg tak sedap didengar hatta di halwa mana-mana telinga manusia sekalipun. Dan secara kebetulannya juga, ia bertubi-tubi sehingga ke pertengahan malam ini, masih menyinggah di corong telinga.



"Kemalangan-Kematian-Kehilangan"



Biarpun kesemua diatas bukan menimpa diri (nauzubillah), tapi tempias traumanya merembes ke dalam hati yg terpaling dalam. Adakah ini yang dinamakan traumatik paranoid? ok, Istilah yg tiada dalam kamus sains tapi suka saya labelkan buat perasaan yg sedang saya alami.




Buat rakan atau saudara mara yang sedang mengalami saat-saat genting ini, harap tabah anda menjadi penguat diri. Redha anda penyejuk hati. Kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaek buat hambanya.



sisa nota : Dan bulu roma masih tegak berdiri. Mungkin kita punya pertalian yang jauh. Tapi saya dapat merasai apa yang anda rasa. Innalillahiwainnalillahirojiun. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita pulang. Peringatan dan iktibar buat diri dan rakan taulan. ~











No comments:

Post a Comment

tourist