Monday, May 14, 2012

::: Minta dijauhkan bahkan jangan pernah wujud:::





Perkara ini sudah berlarutan sejak Mac lagi. Dan sekarang May sudah dtg bertandang.
Jika esok adalah penghisabnya, maka saya doakan yang terbaik buat segala kemungkinan.
Minta apa yang dikatakan kebarangkalian dari mulut sang doktor
Jangan pernah wujud




p/s : Ya allah, kau jauhkanlah kegundahan ini. Kau hilangkanlah syak wasangka dan segala pemikiran-pemikiran yang menyimpang. Moga perkara-perkara yang baik bakal mendatang.


~Amin~




والله يشفيني

Tuesday, May 8, 2012

::: Traumatik Paranoid :::




Sejak dua menjak yg lalu, hati cukup gundah gulana bila ada berita yg tak sedap didengar hatta di halwa mana-mana telinga manusia sekalipun. Dan secara kebetulannya juga, ia bertubi-tubi sehingga ke pertengahan malam ini, masih menyinggah di corong telinga.



"Kemalangan-Kematian-Kehilangan"



Biarpun kesemua diatas bukan menimpa diri (nauzubillah), tapi tempias traumanya merembes ke dalam hati yg terpaling dalam. Adakah ini yang dinamakan traumatik paranoid? ok, Istilah yg tiada dalam kamus sains tapi suka saya labelkan buat perasaan yg sedang saya alami.




Buat rakan atau saudara mara yang sedang mengalami saat-saat genting ini, harap tabah anda menjadi penguat diri. Redha anda penyejuk hati. Kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaek buat hambanya.



sisa nota : Dan bulu roma masih tegak berdiri. Mungkin kita punya pertalian yang jauh. Tapi saya dapat merasai apa yang anda rasa. Innalillahiwainnalillahirojiun. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita pulang. Peringatan dan iktibar buat diri dan rakan taulan. ~











Sunday, May 6, 2012

::: Hidden But Obvious :::


Respon kepada mereka yang sibuk berpolitik tak tentu hala dan lari pada asas politik yang dianjurkan dalam Islam sendiri,


Adakah anda telah solat sebelum/ sesudah seronok memaki satu sama lain?


Jika anda telah lakukan, maka malulah anda pada Allah sebagai pencipta.


Kerana rasa malu pada diri anda telah lama hilang tanpa anda sedar.







::: Fitrah l Natural l Hakiki :::



Allah Menciptakan Cinta.. Dan Cinta Itu..Fitrah Manusia

Friday, May 4, 2012

::: Terlajak bukan Terlanjur :::



Terlajak dan terlanjur
Dua kata yang maknanya lain-lain.
Jauh bezanya.



Cuma persamaan duanya.
Diakhir perkataan2 tersebut timbul suatu "penyesalan".







Sisa Nota : Ya Allah, Jika apa yang aku perkatakan, aku lakukan, aku fikirkan sebelum ini mahupun yang akan datang adalah bukan yang sewajarnya, maka kau ampunkan lah aku. Amin~




Thursday, May 3, 2012

::: Sakan :::



Hari ni cukup sehari semalam termasuk dengan makan tidur berangan melawas dan aktiviti yang tak perlu dinyatakan kerana macam buang masa untuk diceritakan, right? Dan sebenarnya, ingin dinyatakan dengan jelas dan belagaknya, saya berjaya khatamkan drama bersiri 24 episod sehingga penghujung. Hari ini saya nangis tengok dramanya, dan umi mesti nanges kalau tengok keadaan anaknya. (Sendiri geleng kepala).



Sisa Nota :

Sehari semalam khatam drama, kalau khatam quran mesti umi senyum sorang2.

Kalau khatam PITA lecturer pulak puji dalam2 sampai kembang2 badan.



Tapi semua tu kan "KALAU". Ha-ha-ha.













Tuesday, May 1, 2012

::: Difficult: :::




Kadang2 ade sesuatu yang sukar untuk diperkatakan
ditahan sakit dada,
diluah rasa nak marah



sisa nota : boleh wujudkan human sense anda siket x?




tourist