Tuesday, March 27, 2012

:::Ketukan yang meragut:::





Dan hari ini, tanpa sedar ramai yang mengundang gerimis di sesi kelompok. Sungguh natural pembawakan ketua merangkap pensyarah yang tidak asing dengan metaforanya. Walau lembut dan berhemah, mampu menggugurkan tiap titis air mata ahli kelompok yang besar . Hari ini dalam sejarah, menyaksikan sesi pembelajaran bertukar menjadi sesi luahan perasaan. Siapa sangka, niat mengajar bertukar menjadi suatu penerokaan yang menyentuh bait-bait kesedihan.

Memang betul, tarikan jisim manusia antara satu sama lain sangat kuat. Secara kasarnya, tiap orang yang punya jalan cerita masing-masing, siapa sangka bisa dihubungkaitkan menjadi satu esakan. Dengan hanya lukisan kad, satu2 bisa terungkap keluar meleleh dari jiwa.

Secara luarannya, saya bukanlah seorang yang sinonim dengan tangis sedu sedan. Lebih2 lagi yang melibatkan khalayak ramai. oh, jauh sekali. Kalau disuruh gelak terbahak-bahak tanpa henti, carilah saya. Siapa kita nak tolak takdir. Air mata pun bukan air paip boleh tutup buka. Lebih bagus relakan ia keluar walau muka sedey tu taklah kacak bergaya tapi sebaliknya masyaAllah lawaknya.


Hebatnya puan pembawa destinasi, 20 jiwa dapat disentuh walau mustahil tiap satu dapat disentuh dalam2. Tapi impaknya, 80% berjaya mengeluarkan air mata. Selama blajar ilmu jiwa ini, ini kali pertama kali adegan ini berlangsung. Hebatnya peneroka buat para pelayar lain nganga-nganga tanda kagum.

Itu bukan cerita utama entri ini, secara jujurnya sehingga ke hari ini baru saya dapat rasakan tiada apa yang patut dirigidkan dalam satu2 perkara semasa perjalanan hidup ini berlangsung. Apa lagi yang melibatkan kemahiran jiwa raga manusia. Manusia jika terlalu dirigidkan itu dan ini, natijahnya kerajaan boleh membuka banyak cawangan Hospital gila dengan drastiknya.

Suka saya nyatakan ayat puan chantek jelita tadi, "Biarkan ianya berlaku secara natural. Nanti datang impakjuga secara natural"


Bukan niat menyalahkan siapa siapa manusia. Tapi, jujur dari hati yang terpaling dalam saya merasakan tekanan jiwa yang teramat apabila selalu ditidak tidak kan itu dan ini. Pendekatan puan tadi dapat saya simpulkan sebagai sesuatu ganjaran selepas berlaku suatu kritikan. Berbaloi dan melegakan jika "lepas kena ketuk, mak kasi kita gula-gula" Kan beza dengan "mak ketuk kita, lalu ketuk lagi dan lagi". Secara tersiratnya, saya merasakan ketukan terpaling dalam sehingga saya serba takut melakukan kesalahan walau sebesar zarah. Dahulu.

Dan untuk hari ini, saya lega lapang dada bilamana minda saya dibersihkan balik dari zarah2 ketakutan. Apa yang penting dalam kaunseling adalah bukan terletak pada kemahirannya, tapi pada jiwa dan perasaan yang sedang diteroka. Kemahiran bukan lah diabaikan ke laut serta merta , tapi guna pada tempatnya. Jika wujud insight dalam diri yang diteroka, anda memang lah peneroka yang extraordinary awesome bombastik.



Dan harapnya satu hari nanti, saya termasuk dalam kategori yang luar biasa tersebut.






Hanya satu kata melihat sesi tadi bersama "peneroka" nya,
Dr, anda memang
"Fuhhh!

No comments:

Post a Comment

tourist