Thursday, March 29, 2012

::: Koya-Koya Kacang Soya :::





Cinta yang sebenar adalah hendak bersama ke syurga,
apa-apa yang melempar ke neraka,
itu bukan cinta namanya.





::: Semakin Berjalan :::





Telah berlangsung perkara yang bukan diluar kebiasaan manusia-manusia biasa. Yang muncul cuma perkara norma sedang berlalu di kiri dan kanan. Satu dua saat dan terus berjalan. Yang manis disimpan, yang pahit di hilangkan. Kerana biasanya kata seorang Dr, "Manusia lebih suka mengira kesukaran dari menghitung kesyukuran" Maka, semasa ingatan sedang menyinggah, elok pahat dalam2.







"ALHAMDULILLAH"












Wednesday, March 28, 2012

::: Welcome Einstein:::


Dan hari ini..


Satu perkara luar biasa yang dilakukan separuh sedar tak sedar, suka tak suka, exited tak exited, teruja tak teruja (atau dengan kata lain perasaan biasa2 sahaja) adalah membenarkan satu nyawa masuk ke alam kehidupan yang sedang saya sendiri lalui. Suka atau tidak, silakan menikmati kehidupan FS yang serba ada dan takda. Ha-ha.


Sudah tahu reaksi manusia-manusia yang signifikan yang wujud disekeliling, yang pasti memberikan respon yang luar biasa hampeh. Percaya tak percaya, hari ini diatas meja sedang menari si kacak bergaya.





Dear Einstein,
-Selamat Menempuh Hidup Baru-
















Merasakan geli hati masing lagi wujud dalam hati yang sedang menggeletek. Semua masih percaya tak percaya dengan kejadian ini. Apa boleh buat, kata mereka saya bukanlah type yang menyayangi binatang. Tapi, dalam hati siapa tahu kan? Heee :)


Satu yang semua sedar termasuk diri sendiri adalah kemampuan yang menjaga. Tak perlu diheboh2 atau diwar-warkan lagi, sudah segenap alam tahu akan ke'lembutan' si penjaga beserta kredibiliti yang ada. Kalau secara kasarnya, sudah berbuih mulut yang mendoakan "moga panjang umur hendaknya" atas agenda di kepala masing-masing. Apapun, Tak mengapa, saya cuba :)


Dengan nawaitu "saya menjaga awak kerana ALLAH", tak salah rasanya cuba menjaga kan?





Tuesday, March 27, 2012

:::Ketukan yang meragut:::





Dan hari ini, tanpa sedar ramai yang mengundang gerimis di sesi kelompok. Sungguh natural pembawakan ketua merangkap pensyarah yang tidak asing dengan metaforanya. Walau lembut dan berhemah, mampu menggugurkan tiap titis air mata ahli kelompok yang besar . Hari ini dalam sejarah, menyaksikan sesi pembelajaran bertukar menjadi sesi luahan perasaan. Siapa sangka, niat mengajar bertukar menjadi suatu penerokaan yang menyentuh bait-bait kesedihan.

Memang betul, tarikan jisim manusia antara satu sama lain sangat kuat. Secara kasarnya, tiap orang yang punya jalan cerita masing-masing, siapa sangka bisa dihubungkaitkan menjadi satu esakan. Dengan hanya lukisan kad, satu2 bisa terungkap keluar meleleh dari jiwa.

Secara luarannya, saya bukanlah seorang yang sinonim dengan tangis sedu sedan. Lebih2 lagi yang melibatkan khalayak ramai. oh, jauh sekali. Kalau disuruh gelak terbahak-bahak tanpa henti, carilah saya. Siapa kita nak tolak takdir. Air mata pun bukan air paip boleh tutup buka. Lebih bagus relakan ia keluar walau muka sedey tu taklah kacak bergaya tapi sebaliknya masyaAllah lawaknya.


Hebatnya puan pembawa destinasi, 20 jiwa dapat disentuh walau mustahil tiap satu dapat disentuh dalam2. Tapi impaknya, 80% berjaya mengeluarkan air mata. Selama blajar ilmu jiwa ini, ini kali pertama kali adegan ini berlangsung. Hebatnya peneroka buat para pelayar lain nganga-nganga tanda kagum.

Itu bukan cerita utama entri ini, secara jujurnya sehingga ke hari ini baru saya dapat rasakan tiada apa yang patut dirigidkan dalam satu2 perkara semasa perjalanan hidup ini berlangsung. Apa lagi yang melibatkan kemahiran jiwa raga manusia. Manusia jika terlalu dirigidkan itu dan ini, natijahnya kerajaan boleh membuka banyak cawangan Hospital gila dengan drastiknya.

Suka saya nyatakan ayat puan chantek jelita tadi, "Biarkan ianya berlaku secara natural. Nanti datang impakjuga secara natural"


Bukan niat menyalahkan siapa siapa manusia. Tapi, jujur dari hati yang terpaling dalam saya merasakan tekanan jiwa yang teramat apabila selalu ditidak tidak kan itu dan ini. Pendekatan puan tadi dapat saya simpulkan sebagai sesuatu ganjaran selepas berlaku suatu kritikan. Berbaloi dan melegakan jika "lepas kena ketuk, mak kasi kita gula-gula" Kan beza dengan "mak ketuk kita, lalu ketuk lagi dan lagi". Secara tersiratnya, saya merasakan ketukan terpaling dalam sehingga saya serba takut melakukan kesalahan walau sebesar zarah. Dahulu.

Dan untuk hari ini, saya lega lapang dada bilamana minda saya dibersihkan balik dari zarah2 ketakutan. Apa yang penting dalam kaunseling adalah bukan terletak pada kemahirannya, tapi pada jiwa dan perasaan yang sedang diteroka. Kemahiran bukan lah diabaikan ke laut serta merta , tapi guna pada tempatnya. Jika wujud insight dalam diri yang diteroka, anda memang lah peneroka yang extraordinary awesome bombastik.



Dan harapnya satu hari nanti, saya termasuk dalam kategori yang luar biasa tersebut.






Hanya satu kata melihat sesi tadi bersama "peneroka" nya,
Dr, anda memang
"Fuhhh!

Sunday, March 25, 2012

::: Jangan Kosong & Jangan Melopong :::







Ya Allah,
Janganlah kau kosongkan hidupku

Kau pertemukannlah aku dengan kehidupan
Sakinah, Mawaddah wa Rahmah


Agar nanti tidak ada jiwa yang melopong mahupun serong.









Friday, March 23, 2012

::; Sesuatu Yang Tertinggal :::

Ya Allah,
Semoga sakit ini penghapus dosa yang lalu.

::: Serba Satu:::





Satu itu hebat.
Namun satu juga bisa buat tergugat.

Satu itu kuat.
Namun kadang2 bisa buat meluat.

Satu itu likat.
Namun kadang2 bisa buat kelat.

Satu itu erat.
Namun kadang2 bisa buat melekat.

Satu itu liat.
Namun kadang2 bisa buat tergeliat.


Maka,
Carilah satu yang terpaling dahsyat & selamat dunia akhirat.













::: Kosong Yang Bolong :::



Jika kosong itu bolong, maka bolong juga kosong.

Dua kata yang mempunyai sama makna

Yakni

"Tiada Makna"









Thursday, March 22, 2012

:::Kehendak VS Perasaan:::






Atas nama keredhaan dan kesabaran
lebih bagus jika mengabaikan jiwa seketika
fitrahnya manusia normal
tak akan lari darinya




Memetik kata-kata Si Kacak Bapa
"Sentiasalah berdoa dalam apa jua keadaan, bila-bila masa dan tiada batasan penghalang. Kerana Allah sentiasa mendengar dan tahu isi hati setiap hambanya tanpa ada satu batasan pun"










Monday, March 19, 2012

:::Hempedu Madu:::



Sejauh dan sejarak mana pun sahabat,
sahabat tetap sahabat


Diam mana pun seorang sahabat,
sahabat tetap sahabat

Sekasar dan sebising mana sahabat
sahabat tetap sahabat


Sekali sahabat, selamanya sahabat

O_0


:::BFF:::







Saya punya kawan.
Kawan saya juga lawan.
Dia cakap, saya lawan.
Saya cakap, dia lawan.
Tapi dia tetap kawan
Yang sama sawan
Kerana dia juga lawan yang menawan.








Sincerly,
Kawan Sawan Yang Menawan
















::: Kopi & Pasta :::







ZA : Suruh resahku menari
HS : Suruh resahku lari jauh-jauh. Jangan sampai jumpa lagi.

::: cuma satu kata :::

Rindu!


Published with Blogger-droid v2.0.4

tourist