Thursday, January 26, 2012

::: tersirat yang bukan tersurat:::




Bukan sesuatu yang disengajakan untuk mengelak apatah lagi menyembunyikan fitrah seorang manusia yang normal. Sesuatu hubungan yang menjurus kepada masa depan bukan-lah sesuatu yang semudah memilih handphone di kedai handphone. Apatah lagi jika ia berkait antara satu hubungan dengan hubungan yang lain. Satu keturunan dengan keturunan yang lain. Jadi, lebih elok disimpan rapi-rapi sampai nanti muncul suatu yang jelas untuk digembar-gemburkan.


Redha seorang ibu adalah sesuatu yang paling dtitik beratkan. Dan untuk mendapatkan kepuasan dan keredhaan seorang ibu pula, sesuatu yang hanya drinya sahaja yang jelas. Sesuatu yang sukar ditafsirkan kadang yang tapinya ada manfaat besar disebaliknya. Sesuatu yang kadang tidak rasional, tapi mungkin tidak mustahil. Suatu dahan yang tinggi untuk digapai walau rendah daunnya. Walau kadang rasa terikat, mungkin ada hikmah yang tak da siapa tahu kecuali -Nya. Dan saya pasti, ada kemanisan disebalik kepahitan yang disimpan di sebalik tabir.





Dan inilah penyebab tiada jawatan Kekasih buat mana-mana Persahabatan.








Nota kaki : Redha seorang ibu itu membawa ke syurga. Namun, qada' dan qadar itu pasti. Kerana Dia lebih mengetahui alam dan seluruh isinya.


No comments:

Post a Comment

tourist