Thursday, November 29, 2012

::: Nice November, Scorpion:::



Sedangkan November punya banyak perincian ceritera
Namun coretan cuma serpihan
Kerana jika diungkap
Melebihi catatan halaman banyaknya
Biar hati tusuk dan sisipkan cerita
Supaya parut erat berbicara





::: Hembusan NIKMAT Kekaburan :::



Jika ditanya hari ini apa rasanya
Alhamdulillah
Sudah ber-bayang tapi masih kabur
Rasa tiada tapi aura merata
Cukup sudah buat bisikan membara
Mendoakan tidaklah sekencang La Nina
Cukup sekadar angin sepoi2 bahasa yang indah bunyinya.



Biar hujan yang turun ini sahaja memahami dan mengaminkan isi hati. 
 
 
 








 

Saturday, October 20, 2012

::: Innermost:::




Actually, what implied in the heart of the most in, just us and God only knows. Though we laugh, we repeatedly say the word "patience" a million times though, the truth feelings, hard to understand and need time and space to be accepted.

As rationalize thoughts, things and positive words are always embedded on our heart . However, if million times positive momentum are accepted from other individuals who love us, is it not a sympathy and pathetic right?

Now, I understand why in ethics to be a great counselor, we does not allow moral sympathy in any session.


p/s : For my dearest and loveliest, Thanx And a Thousand of love in advance. I lurve you for the whole my life. 





::: Bunting Padi:::


 
 
 
 
Disarkastik kan manusia seperti resmi padi
Semakin tunduk semakin berisi
Tapi, padi jika terlalu berisi dan banyak
Apa tidak mungkin menyembah bumi?
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, October 16, 2012

::: Ber-ubah:::




Dear me,





I know
I realized
I aware
I understand


A little change can make a BIG difference.



So, CHANGE for GOOD 
:)

Monday, October 15, 2012

:::Mulut sama, Tekak Lain-Lain:::



Manusia punya rambut sama hitam. 
Hidung punya dua lubang.
Telinga capang dua.
Ya, mulut satu tapi giginya banyak
Tangan dua, kaki dua 
berjari sepuluh atas dan bawah
Tidak termasuk organ, urat, saraf,  sendi 
dan segala macam perkara
Namanya manusia
Semuanya lebih kurang sama.
bentuk dan saiz belakang cerita


Cuma, rasa saya dan dia serta awak lain-lain
Lain tekak lain rasanya
Lain jiwa lain perasaannya

Mungkin awak diketuk sakit,
saya diketuk rasa lucu.

Mungkin awak dimarah,awak melawan
Saya dimarah, saya diam.

Jika hari ni kita makan "Ikan Sweet Sour"
mungkin awak rasa 'sweet'
saya yang rasa 'sour-nya'


Kan lain rasanya, walau ikan kita makan sama?














Thursday, October 11, 2012

::: Hope :::



Tabah 
Sabar
Tabah 
Sabar
Tabah 
 Sabar
Tabah
Sabar
Anda masih dalam tempoh ujian. Jangan merungut, sebaliknya banyakkan berdoa semoga diberi kekuatan dan keikhlasan.
 Moga yang baik-baik imbalannya.
Amin



Saturday, October 6, 2012

::: called by GOD :::



Diam, tanpa sedar
Allah bangkitkan satu perasaan
Secara tidak langsung
dan Tidak sengaja
Tidak dirancang
Tidak direncanakan


Ya ALLAH, IKHLAS kan aku menuju ke jalan yang diredhaimu :)



 

Tuesday, October 2, 2012

Friday, September 14, 2012

::: Bermegahan :::



"Bermegah2 telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur"


At-Takaasur :1-2



Wednesday, August 8, 2012

::: Deep inside :::






Ya Allah,

Maafkan aku. Perkenankan doaku. Rahmatilah aku.






Alhamdulillah untuk setiap satu persatu.




Thursday, August 2, 2012

::: Inikah Matang? :::



ANDA SEMAKIN MATANG APABILA...


  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

#copypaste



Sisa nota : Kata2 si folan yg diatas walau siapa pun ia, belum cukup mendefinisikan matang. Namun, menarik di copy paste kerana banyak benar dari salahnya. Saya carik yang logika nya benar dan benamkan dalam hati. Sedikit tenang dan lebih rasional.Mungkin yang hendak di simpulkan si penulis adalah cuma satu kata...



+++++ POSITIVE +++++

Sunday, June 3, 2012

::: Bijak Sombong :::




Dan bila orang yang merasakan kita tak sekufu dirinya / die rasa dirinya lebih arif / tidak mempercayai kewibawaan orang lain, meremehkan kerja orang lain, maka bersabarlah. Mungkin Allah sedang uji kesabaran dalam diri kita. Belajar untuk tabah lebih bagus dari menjadi terus marah. Doakan semoga ilmunya dapat digunakan secara manfaat kelak. Dan ilmu kita adalah ilmu yang mendapat manfaat dan diredhai. Disenangi oleh semua manusia dan dijauhkan walau sekelumit perasaan riak. Amin

Monday, May 14, 2012

::: Minta dijauhkan bahkan jangan pernah wujud:::





Perkara ini sudah berlarutan sejak Mac lagi. Dan sekarang May sudah dtg bertandang.
Jika esok adalah penghisabnya, maka saya doakan yang terbaik buat segala kemungkinan.
Minta apa yang dikatakan kebarangkalian dari mulut sang doktor
Jangan pernah wujud




p/s : Ya allah, kau jauhkanlah kegundahan ini. Kau hilangkanlah syak wasangka dan segala pemikiran-pemikiran yang menyimpang. Moga perkara-perkara yang baik bakal mendatang.


~Amin~




والله يشفيني

Tuesday, May 8, 2012

::: Traumatik Paranoid :::




Sejak dua menjak yg lalu, hati cukup gundah gulana bila ada berita yg tak sedap didengar hatta di halwa mana-mana telinga manusia sekalipun. Dan secara kebetulannya juga, ia bertubi-tubi sehingga ke pertengahan malam ini, masih menyinggah di corong telinga.



"Kemalangan-Kematian-Kehilangan"



Biarpun kesemua diatas bukan menimpa diri (nauzubillah), tapi tempias traumanya merembes ke dalam hati yg terpaling dalam. Adakah ini yang dinamakan traumatik paranoid? ok, Istilah yg tiada dalam kamus sains tapi suka saya labelkan buat perasaan yg sedang saya alami.




Buat rakan atau saudara mara yang sedang mengalami saat-saat genting ini, harap tabah anda menjadi penguat diri. Redha anda penyejuk hati. Kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaek buat hambanya.



sisa nota : Dan bulu roma masih tegak berdiri. Mungkin kita punya pertalian yang jauh. Tapi saya dapat merasai apa yang anda rasa. Innalillahiwainnalillahirojiun. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita pulang. Peringatan dan iktibar buat diri dan rakan taulan. ~











Sunday, May 6, 2012

::: Hidden But Obvious :::


Respon kepada mereka yang sibuk berpolitik tak tentu hala dan lari pada asas politik yang dianjurkan dalam Islam sendiri,


Adakah anda telah solat sebelum/ sesudah seronok memaki satu sama lain?


Jika anda telah lakukan, maka malulah anda pada Allah sebagai pencipta.


Kerana rasa malu pada diri anda telah lama hilang tanpa anda sedar.







::: Fitrah l Natural l Hakiki :::



Allah Menciptakan Cinta.. Dan Cinta Itu..Fitrah Manusia

Friday, May 4, 2012

::: Terlajak bukan Terlanjur :::



Terlajak dan terlanjur
Dua kata yang maknanya lain-lain.
Jauh bezanya.



Cuma persamaan duanya.
Diakhir perkataan2 tersebut timbul suatu "penyesalan".







Sisa Nota : Ya Allah, Jika apa yang aku perkatakan, aku lakukan, aku fikirkan sebelum ini mahupun yang akan datang adalah bukan yang sewajarnya, maka kau ampunkan lah aku. Amin~




Thursday, May 3, 2012

::: Sakan :::



Hari ni cukup sehari semalam termasuk dengan makan tidur berangan melawas dan aktiviti yang tak perlu dinyatakan kerana macam buang masa untuk diceritakan, right? Dan sebenarnya, ingin dinyatakan dengan jelas dan belagaknya, saya berjaya khatamkan drama bersiri 24 episod sehingga penghujung. Hari ini saya nangis tengok dramanya, dan umi mesti nanges kalau tengok keadaan anaknya. (Sendiri geleng kepala).



Sisa Nota :

Sehari semalam khatam drama, kalau khatam quran mesti umi senyum sorang2.

Kalau khatam PITA lecturer pulak puji dalam2 sampai kembang2 badan.



Tapi semua tu kan "KALAU". Ha-ha-ha.













Tuesday, May 1, 2012

::: Difficult: :::




Kadang2 ade sesuatu yang sukar untuk diperkatakan
ditahan sakit dada,
diluah rasa nak marah



sisa nota : boleh wujudkan human sense anda siket x?




Monday, April 30, 2012

::: Bukan Sweet Sour :::

Saya pasti,
sesuatu yang sukar di pangkalnya kelat,
akan tetapi merasai kemanisan di penghujungnya.
InsyaAllah






Sunday, April 29, 2012

::: Habuk Kelabu Dulu-Dulu :::



kalau diimbas balik 5 hingga 7 tahun kebelakang.

umi mengibaratkan sibuknya saya mengalahkan "professor".

Dan saya harap setinggi gunung Everest perli umi saya itu adalah melebihi 4o kali

Moga2 menjadi la hendaknya. AMIN ~




sisa nota : habuk kelabu sudah mula beradu kelabu di blog yang super duper sibuk gtu! ha-ha





Tuesday, April 17, 2012

::: Yesterday :::

yesterday till today..juz one word can describe my life.





"LELAH"

Sunday, April 15, 2012

::: Dahi ditunjal dan tertunjal :::

Saya menyifatkan orang yang "menunjal dahi" secara keterlaluan bahasa nya melebihkan bahasa kesat adalah seorang yang tidak mempunyai tamadun. Walaupun jika ia lebih ironis dan mendidihkan adrenalin yang baru dilampiaskan mana mana individu, jujurnya ianya tersangat la pahit lagi kelat dan kesat. Melontarkannya adalah semudah satu nafas tetapi parutnya tak lebih tak kurang sepanjang hayatnya. Ya sudahlah, barangkali mereka tak punya cermin yang dapat ditatapkan wajah jelek serupa hantu kene seret sepanjang 2089/km jalan TAR.




Buat yang tertunjal, Doakan sahaja yang baek-baek baut si penunjal. Tuhan adalah yang terpaling agung mengatur perancangan. Jika tertunjal itu tersangatlah menyakitkan lagi mengaibkan, sentiasa ingatlah bahawa kepahitan yang diterima kita akan Allah gantikan dengan kemanisan yang luar biasa Awesome. Sabarlah syg, tanpa kita sedari Allah sentiasa bersama kita.





"La Tahzan, Innallahha Maana "

(^_____________^)
















Saturday, April 7, 2012

::: Senyum Simpuh Simpul :::



Terdiam.
Terkedu.
Terkesima.



Cuma perlu senyum malu-malu sambil bersimpuh tahan muka kemerah-merahan.




addoiii..




(^__________*)




Sisa nota : xperlu kata apa2. Cuma doa dalam2 mintak yg terpaling baik disisi-NYA.







Thursday, April 5, 2012

::: A B C vs Kopi Panas :::





Dan hari ini adalah hari yang saya kejar2 sebagai pelajar yang sememangnya wajar.





Mid- Sem- Break






Bohong jika ada manusia yang tidak menantikannya walau apa pun agenda masing2 di kepala yang telah termaktub. Dan saya, sudah semestinya Baiti Jannati dan Usrati Habibati jadi pilihan yang terpaling awal dari hadapan. Dan sekarang, sedang saya hadapi dan nikmati waktu kebersamaan.



Namun, bila sesuatu kemanisan datang, terselit jugak yang mengkelatkan keadaan. Yang pasti, didihnya sekeping hati membolehkan retak bacaan termometer. Haha. Terlalu hiperbola macam tak beriman bunyiknya.



Saya bukanlah seorang yang akan membenci seseorang hanya dengan ceritera mulut2 manusia. Walau jutaan cerita yang buruk dari yang benar. Senang saya katakan, jangan diusik saya jika tidak saya usik satu pun dari kamo. Tapi, malangnya anda telah menimbulkan perasaan terkilan dalam hidup saya. Sedangkan dalam hidup saya, jika ianya benar akan saya pertahankan habes habesan. Namun, tidak pernah tercetus di dalam fikiran untuk bergadoh yang seakan2 mewakili anak kecik. Tidak sama sekali. Apapun kamo di masa lalu seperti yg digembar-gemburkan, tidak akan saya tanamkan sebagai baja benci. Dari disuruh berkocak dan kelahi rancak, lebih saya pilih ketawa terbahak-bahak.




Dari pemikiran yang waras yang masih tersisa tapi bisa jadi penguat yang luar biasa rasionalnya. Saya mengambil semua kata2 semangat mereka yang signifikan dalam hidup saya. Biarkan mereka yang busuk hati dengan agenda masing2. Semoga Allah memberkati mereka hendaknya. Amin.




Kata umi yang chantek jelita : Bersabarlah, mungkin ada yang lebih baek disebalik kesabaran.

Kata buya yg kacak bergaya : Bertahan selagi ia benar.

Kata2 sahabat se-bahak & se-babat : Sokongan padu mereka hamparkan.






Suka saya selitkan sekali, Doa yang dicadangkan seorang pendidik yang cerdik dan menarik bagi men-saljukan kembali hati yang mendidih.


" Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya"





Surah Ar'ra'd ayat 29.




sisa nota : Segala sokongan anda semua saya dahului dengan ucapan terima kasih dan moga allah melimpahkan ganjaran yang sebaiknya. Semoga ABC dan Kopi Panas yang saya hirup adalah perasa2 dalam hidup saya.









Thursday, March 29, 2012

::: Koya-Koya Kacang Soya :::





Cinta yang sebenar adalah hendak bersama ke syurga,
apa-apa yang melempar ke neraka,
itu bukan cinta namanya.





::: Semakin Berjalan :::





Telah berlangsung perkara yang bukan diluar kebiasaan manusia-manusia biasa. Yang muncul cuma perkara norma sedang berlalu di kiri dan kanan. Satu dua saat dan terus berjalan. Yang manis disimpan, yang pahit di hilangkan. Kerana biasanya kata seorang Dr, "Manusia lebih suka mengira kesukaran dari menghitung kesyukuran" Maka, semasa ingatan sedang menyinggah, elok pahat dalam2.







"ALHAMDULILLAH"












Wednesday, March 28, 2012

::: Welcome Einstein:::


Dan hari ini..


Satu perkara luar biasa yang dilakukan separuh sedar tak sedar, suka tak suka, exited tak exited, teruja tak teruja (atau dengan kata lain perasaan biasa2 sahaja) adalah membenarkan satu nyawa masuk ke alam kehidupan yang sedang saya sendiri lalui. Suka atau tidak, silakan menikmati kehidupan FS yang serba ada dan takda. Ha-ha.


Sudah tahu reaksi manusia-manusia yang signifikan yang wujud disekeliling, yang pasti memberikan respon yang luar biasa hampeh. Percaya tak percaya, hari ini diatas meja sedang menari si kacak bergaya.





Dear Einstein,
-Selamat Menempuh Hidup Baru-
















Merasakan geli hati masing lagi wujud dalam hati yang sedang menggeletek. Semua masih percaya tak percaya dengan kejadian ini. Apa boleh buat, kata mereka saya bukanlah type yang menyayangi binatang. Tapi, dalam hati siapa tahu kan? Heee :)


Satu yang semua sedar termasuk diri sendiri adalah kemampuan yang menjaga. Tak perlu diheboh2 atau diwar-warkan lagi, sudah segenap alam tahu akan ke'lembutan' si penjaga beserta kredibiliti yang ada. Kalau secara kasarnya, sudah berbuih mulut yang mendoakan "moga panjang umur hendaknya" atas agenda di kepala masing-masing. Apapun, Tak mengapa, saya cuba :)


Dengan nawaitu "saya menjaga awak kerana ALLAH", tak salah rasanya cuba menjaga kan?





Tuesday, March 27, 2012

:::Ketukan yang meragut:::





Dan hari ini, tanpa sedar ramai yang mengundang gerimis di sesi kelompok. Sungguh natural pembawakan ketua merangkap pensyarah yang tidak asing dengan metaforanya. Walau lembut dan berhemah, mampu menggugurkan tiap titis air mata ahli kelompok yang besar . Hari ini dalam sejarah, menyaksikan sesi pembelajaran bertukar menjadi sesi luahan perasaan. Siapa sangka, niat mengajar bertukar menjadi suatu penerokaan yang menyentuh bait-bait kesedihan.

Memang betul, tarikan jisim manusia antara satu sama lain sangat kuat. Secara kasarnya, tiap orang yang punya jalan cerita masing-masing, siapa sangka bisa dihubungkaitkan menjadi satu esakan. Dengan hanya lukisan kad, satu2 bisa terungkap keluar meleleh dari jiwa.

Secara luarannya, saya bukanlah seorang yang sinonim dengan tangis sedu sedan. Lebih2 lagi yang melibatkan khalayak ramai. oh, jauh sekali. Kalau disuruh gelak terbahak-bahak tanpa henti, carilah saya. Siapa kita nak tolak takdir. Air mata pun bukan air paip boleh tutup buka. Lebih bagus relakan ia keluar walau muka sedey tu taklah kacak bergaya tapi sebaliknya masyaAllah lawaknya.


Hebatnya puan pembawa destinasi, 20 jiwa dapat disentuh walau mustahil tiap satu dapat disentuh dalam2. Tapi impaknya, 80% berjaya mengeluarkan air mata. Selama blajar ilmu jiwa ini, ini kali pertama kali adegan ini berlangsung. Hebatnya peneroka buat para pelayar lain nganga-nganga tanda kagum.

Itu bukan cerita utama entri ini, secara jujurnya sehingga ke hari ini baru saya dapat rasakan tiada apa yang patut dirigidkan dalam satu2 perkara semasa perjalanan hidup ini berlangsung. Apa lagi yang melibatkan kemahiran jiwa raga manusia. Manusia jika terlalu dirigidkan itu dan ini, natijahnya kerajaan boleh membuka banyak cawangan Hospital gila dengan drastiknya.

Suka saya nyatakan ayat puan chantek jelita tadi, "Biarkan ianya berlaku secara natural. Nanti datang impakjuga secara natural"


Bukan niat menyalahkan siapa siapa manusia. Tapi, jujur dari hati yang terpaling dalam saya merasakan tekanan jiwa yang teramat apabila selalu ditidak tidak kan itu dan ini. Pendekatan puan tadi dapat saya simpulkan sebagai sesuatu ganjaran selepas berlaku suatu kritikan. Berbaloi dan melegakan jika "lepas kena ketuk, mak kasi kita gula-gula" Kan beza dengan "mak ketuk kita, lalu ketuk lagi dan lagi". Secara tersiratnya, saya merasakan ketukan terpaling dalam sehingga saya serba takut melakukan kesalahan walau sebesar zarah. Dahulu.

Dan untuk hari ini, saya lega lapang dada bilamana minda saya dibersihkan balik dari zarah2 ketakutan. Apa yang penting dalam kaunseling adalah bukan terletak pada kemahirannya, tapi pada jiwa dan perasaan yang sedang diteroka. Kemahiran bukan lah diabaikan ke laut serta merta , tapi guna pada tempatnya. Jika wujud insight dalam diri yang diteroka, anda memang lah peneroka yang extraordinary awesome bombastik.



Dan harapnya satu hari nanti, saya termasuk dalam kategori yang luar biasa tersebut.






Hanya satu kata melihat sesi tadi bersama "peneroka" nya,
Dr, anda memang
"Fuhhh!

Sunday, March 25, 2012

::: Jangan Kosong & Jangan Melopong :::







Ya Allah,
Janganlah kau kosongkan hidupku

Kau pertemukannlah aku dengan kehidupan
Sakinah, Mawaddah wa Rahmah


Agar nanti tidak ada jiwa yang melopong mahupun serong.









Friday, March 23, 2012

::; Sesuatu Yang Tertinggal :::

Ya Allah,
Semoga sakit ini penghapus dosa yang lalu.

::: Serba Satu:::





Satu itu hebat.
Namun satu juga bisa buat tergugat.

Satu itu kuat.
Namun kadang2 bisa buat meluat.

Satu itu likat.
Namun kadang2 bisa buat kelat.

Satu itu erat.
Namun kadang2 bisa buat melekat.

Satu itu liat.
Namun kadang2 bisa buat tergeliat.


Maka,
Carilah satu yang terpaling dahsyat & selamat dunia akhirat.













::: Kosong Yang Bolong :::



Jika kosong itu bolong, maka bolong juga kosong.

Dua kata yang mempunyai sama makna

Yakni

"Tiada Makna"









Thursday, March 22, 2012

:::Kehendak VS Perasaan:::






Atas nama keredhaan dan kesabaran
lebih bagus jika mengabaikan jiwa seketika
fitrahnya manusia normal
tak akan lari darinya




Memetik kata-kata Si Kacak Bapa
"Sentiasalah berdoa dalam apa jua keadaan, bila-bila masa dan tiada batasan penghalang. Kerana Allah sentiasa mendengar dan tahu isi hati setiap hambanya tanpa ada satu batasan pun"










Monday, March 19, 2012

:::Hempedu Madu:::



Sejauh dan sejarak mana pun sahabat,
sahabat tetap sahabat


Diam mana pun seorang sahabat,
sahabat tetap sahabat

Sekasar dan sebising mana sahabat
sahabat tetap sahabat


Sekali sahabat, selamanya sahabat

O_0


:::BFF:::







Saya punya kawan.
Kawan saya juga lawan.
Dia cakap, saya lawan.
Saya cakap, dia lawan.
Tapi dia tetap kawan
Yang sama sawan
Kerana dia juga lawan yang menawan.








Sincerly,
Kawan Sawan Yang Menawan
















::: Kopi & Pasta :::







ZA : Suruh resahku menari
HS : Suruh resahku lari jauh-jauh. Jangan sampai jumpa lagi.

::: cuma satu kata :::

Rindu!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, January 29, 2012

:::Unpredictable:::


Tak perlu meragui bahawa sesungguhnya perancangan Allah suatu yang luar biasa dan diluar jangkauan kotak pemikiran manusia. Subhanallah.

Thursday, January 26, 2012

::: tersirat yang bukan tersurat:::




Bukan sesuatu yang disengajakan untuk mengelak apatah lagi menyembunyikan fitrah seorang manusia yang normal. Sesuatu hubungan yang menjurus kepada masa depan bukan-lah sesuatu yang semudah memilih handphone di kedai handphone. Apatah lagi jika ia berkait antara satu hubungan dengan hubungan yang lain. Satu keturunan dengan keturunan yang lain. Jadi, lebih elok disimpan rapi-rapi sampai nanti muncul suatu yang jelas untuk digembar-gemburkan.


Redha seorang ibu adalah sesuatu yang paling dtitik beratkan. Dan untuk mendapatkan kepuasan dan keredhaan seorang ibu pula, sesuatu yang hanya drinya sahaja yang jelas. Sesuatu yang sukar ditafsirkan kadang yang tapinya ada manfaat besar disebaliknya. Sesuatu yang kadang tidak rasional, tapi mungkin tidak mustahil. Suatu dahan yang tinggi untuk digapai walau rendah daunnya. Walau kadang rasa terikat, mungkin ada hikmah yang tak da siapa tahu kecuali -Nya. Dan saya pasti, ada kemanisan disebalik kepahitan yang disimpan di sebalik tabir.





Dan inilah penyebab tiada jawatan Kekasih buat mana-mana Persahabatan.








Nota kaki : Redha seorang ibu itu membawa ke syurga. Namun, qada' dan qadar itu pasti. Kerana Dia lebih mengetahui alam dan seluruh isinya.


Sunday, January 22, 2012

::: k.e.m.a.t.a.n.g.a.n :::



Dan menjadi suatu kejengkelan yang meloyakan apabila isu 'matangnya' seseorang itu keluar dari mana-mana mulut yang terpaling matang. Kononya. Hah! Wekkk.


Rasanya, isu matangnya seseorang itu tak wajarlah dilihat dari satu skop kehidupan seseorang. Contohnya, apabila individu mengorek hidungnya, itu adalah tindakan yg tidak matang. Dan bukan juga mereka yang suka baca komik itu seseorang yg x matang. Kenapa tidak dilihat dari skop yg lebih besar dan umum.

Matang bukanlah dilabelkan hanya dengan perlakuan, tapi merangkumi kata2, sikap, tingkahlaku dan emosi yang relevan dengan situasi , tempat dan masa. Dan terkadang matang itu juga sukar utk ditafsirkan dan didefinisikan.

Dan, inilah sebab kenapa isu ini tidak gemar saya sebutkan khusus untuk si fulan atau si fulanah. Siapa kita untuk mempersoalkan kematangan seseorang?




Nota kaki : entry ini adalah mewakili si fulan fulanah yang dicerita atau lebih khususnya diumpatkan oleh sang tepaling matang kononya. Maaf respon tidak seperti yg diharapkan.

Thursday, January 19, 2012

::: wish list :::

3 kitab yang ini telah saya hadamkan sesuai dengan kehendak yang melonjak2. Bukan semua sukakan karya yang terlalu bersahaja tanpa point yang nyata. Biar kata orang sampah, gila atau hape, tapi berbaloi rasanya jika kita suka. Tp, cukup la jika hati sendiri dapat bace dengan ketawa terbahak2 dekat hati. Haih, pelik.



setelah sekian lama berMaggie dan meleleh. berbaloi bersengkek2 untuk ini. Pakej yang berbaloi2 untuk 3 cerita yang macam bagus writernya. Enjoy.













dan seterusnya wish "telaah" yang diidamkan bisa bikin kopak suatu hari nanti:-











dan kenapa? kerana terlalu banyak yang menyanjung melangit. macam bagos sangat kan..





dan yang ini sengaja disenarai harapankan untuk dimiliki. Terpaling idam. Bukan tidak boleh bersusah untuk ini, tapi lebih bagus kalo penulisnya dapat conteng tandakakitangannya. Awesome poem ever.









Nota kaki : kata kawan, buku skolah bukan maen susah beli, Buku cam gni bukan men suka. Tapi apa daya, kita sendiri tahu betapa extraordinarynya sesuatu yang kita suka. Jadi buat Zahiril Adzim dan Elizabeth Gilbert, tunggukan karya rojakmu di dalam gengamanku. Apalah sangat kalo kumpol seposen dua sehari :P. .

::: I.k.h.l.a.s :::



Iklas itu seperti semut hitam di atas batu hitam di tengah malam yang gelap gelita. Biar kan saja -Pencipta yg benar2 jelas mengenainya.

tourist