Thursday, August 4, 2011

:::Mulut manusia memang UNSTOPPABLE:::


Memang beza.

Manapun ceruk muka bumi ni, gejala umpat mengumpat memang kencang lagi deras. Kadang2, langsung x menjaga sensitiviti makhluk sekeliling. Kot ia pun nak mengumpat, ngumpat bedua je la Mak Cik weyh. Dosa x yah nak sedekahkan kat seisi kampung. VIRUS tu! Aishhh. Yg paling seronok terdengar tyme bulan2 pose ni la. Haibat..Rancak!

Satu hal lagi selain ngumpat adelah mulot mulot mulot manusia yg suke cakap cakap cakap.

Dan tibe2 teringat cerita Abg Besar tentang mulOt2 orang yang menyerupai mulot puaka * maaf untuk perumpamaan yg sangat mantap dan juga
seorang bapa dan anaknye serta unta tunggangannya.


Seorang ayah yg baek serta anak yg soleh mengalami masalah dalam perjalananya bersama unta. Dek kerana MULUT MANUSIA, kemaen lagi den highlight mereka serba salah dan hape pon tak buley. Sadis!



Di dalam perjalannya:


1) Si ayah suh anak die yg naek dan die memegang tali unta sambil berjalan.

MULUT2 MANUSIA : "anak tersebut sangat derhaka, ada pulak ayah die yg bawa die cam raja pulak"

Jadi si anak pun turun dek kerana cakap cakap cakap tadi.



2) Si anak menyuruh ayahnya duduk diatas unta lalu die memegang tali dan terus b'jalan.
MULUT2 MANUSIA : "ayah tersebut sangat zalim dan tak perikemanusiaan. Sanggup melihat anaknya penat berjalan"


ok, si ayah pun stop dan terus turun.

3) Si anak dan si ayah mengambil keputusan untuk kedua2nya menunggang unta bersama2 dan meneruskan perjalanan.


MULUT2 MANUSIA : "mereka berdua sangat zalim pada haiwan. Bagaimana seekor unta boleh menahan berat 2 orang manusia"

4) Dan akhirnya kedua-dua mereka mengambil langkah terakhir iaitu kedua-duanya berjalan kaki sambil memegang tali unta.

MULUT2 MANUSIA : "alangkah b*d*hnya mereka berdua kerana tidak menggunakan kemudahan yang ada."


See, macam mana mulot mulot mulot manusia yg suke cakap cakap cakap boley menyusahkan hidup seseorang.


Sisa nota : Apa pun yg kita buat, jika yakin ia benar dan tidak menyimpang dari norma kehidupan dan norma agama, lakukan tanpa ragu. Kerana kadang2 mulut manusia banyak binasa dari baiknya.



mana mungkin dijahitkan?


*
cerita ini adalah cerita yg telah diceritakan. Jika ada kurang atau tertambah wat sesedap cerita, ampun ye. Sekadar nak kongsi kongsi kongsi.




1 comment:

  1. Kalau tak, takkan tok nenek nyang kita zaman dodulu keluarkan perpatah cukup molek, padat dan tepat..

    "Mulut tempayan boleh la nak tutup.. mulut manusia jgn nak harap la" <<<tambah dan edit... hehehe..

    ReplyDelete

tourist