Wednesday, March 30, 2011

:::Jangan Terukir Cacat Cela:::




Untuk kedua kalinya, moga hari ini baek baek dan dipermudahkan perjalanan. Tidak ada emosi yang terabai dan punya input dalam menjalankan sesi nanti. Tidak mahu mengharap tetapi lebih kepada berdoa. AMIN~~



sisa nota : terasa tahap adrenalin sudah sampay ke puncak. Sedang menanti untuk dihamburkan semuanya.

Monday, March 28, 2011

:::Tool Of Healing Power:::





untuk debaran tadi malam telah terucap. Hasilnya adalah keranapan yang terpaling dalam. Tidak pasti apa yang diparahkan perasaan, yg jelas sempat bercucuran hujan walau tak sekelumit pon ribut datang. Kerana kadangkala, panas terik itu juga boleh mengundang hujan.


Apa yang berlaku dalam makmal tadi adalah bukan sesuatu yg diharapkan. Memang salah sendiri yang tidak boleh dinafikan. Menjadi model fasilitator hari ini nampak lancar pada awalnya, namun bila kesalahan sekecil zarah dilonggok2 kan da nampak sebesar lalat gila. Bila mind pulak tak habis2 menyalahkan diri,yang perasaan tertahan2 sebak. Dasar cengeng. Kritikan adalah sesuatu yang membina tapi salah sendiri bila mengharapkan kesempurnaan berlaku, ianya jadi kacau bilau. Penerimaan kritikan menyebabkan automatis perasaan rendah diri menjadi turun dan tekanan menaik. Inilah proses gila yang boleh buat perempuan lembik ni menangis macam ada kematian. Tapi, bait2 kata Dr saya pegang erat2.


"apabila awak mengharapkan sesi awak berjalan seperti sebuah laluan yang awak tetapkan, ianya akan jadi hilang kawalan jika ada individu yang melalui bukan seperti yang diharapkan. "


Secara jujurnya, saya tanam tekanan tersebut atas dasar ingin mendapatkan sesi yang tidak menyentuh sedikit pun kesilapan. Benarlah kata Dr, apa yang saya terima daripada pembelajaran saya rangkul semuanya tanpa wujud perasaan relax pada akhirnya. Kerana yang pasti, saya cuba elak dari melakukan kesalahan sepert sebelum sebelumnya. Tapi, hari ini wujud masalah lain yang baru saya rasakan. Setiap satu satu bait kesilapan kecil yang Dr utarakan betul2 menyentap jiwa. Harap kesannya, jangan ada pengulangan berbisa.


Tapi apa yang saya pasti, esakan tadi tidak sedikit pon disebabmusababkan oleh komentar Dr. Namun, yang lebih menusuk adalah perasaan keciwa pada diri lebih berbisa dan dalam.


Memang dasar orang bertype A, kelam kabut dan serabutnya tidak kira masa. Semua diredah. Rakan lain yang diberi komentar berpuluh juta relaks je, ini sudah pancit walau cuma beribu. Aisshh, dasar ratu leleh.




Biarlah perasaan ini hanya saya yang paham. Mungkin, apa yang saya rasa tidak sama dengan individu lain. Namun, jujurnya saya betul2 tertekan. Waima, jutaan kasih saya hamparkan buat ilmu yang terlampau banyak. Biar tertekan, ada banyak input yang saya lekat dalam2.


Belajar secara teori perkara yang melibatkan manusia terutama menyentuh bab2 emosi tidak sama dengan pembelajaran praktikal. Jauh menyasar. Siapa berani lantang membicarakan kaunseling adalah pelajaran /bidang yg senang, boleh cuba tunjukkan bukti. Sedangkan cendekiawan pon x de lagi yg perfect dapat mendescribe manusia secara satu satu, mereka yg merangkak2 belajar pula pandai cakap besar..Nak bernanah telinga pun, x gune jugak. Mulut tempayan pon x ley tutup, inikan pula mulut nenek kebayan.


Ok,bukan itu ceritanya. Apa yang patut dilepaskan, saya lepaskan. Kerana kata yg pakar, lepaskan perasaan dengan menulis atau apa sahaja method yg disukai adalah Tool Of Healing Power. Jadi, moga perasaan ini x akan menjadi chronic illness buat diri. Sekian.


sisa nota : dalam refleksi tadi, saya lekatkan nota pada Dr bahawa saya punya utang dengannya. Satu hari nanti jika saya masih punya kesempatan, saya bayar kejayaan saya pada Dr. Bukan kesilapan sekali lagi. Insyaallah.

Friday, March 4, 2011

:::i-c-u in the other side:::

Jarumlah banyak manapun.
Kalau jarum itu kena, maka puas la hatimu.
Dadah itu memang kuat kesannya.
Kalau ianya berpada, itu bagus.
Kalau ianya berlebihan, itu keji.
Kan ke dadah itu najis?




Tapi ingat, kadang2 jarum tak kenal tuan.
Mungkin satu hari nanti,
Jarum yang diharap itu yg makan tuan.



Sisa Nota : Kita takkan tahu saiz kaki orang kalau kita hanya pernah pegang n lihat kasut tu. Cuba pakai, baru tau ketat atau longgarnya kasut itu. Pegang dan lihat tak sama dengan memakainya. Kaki orang berbeza. Besar dan lebar lain2 walau kadang saiznya sama.


***i'm prefer to keep silent better than i'm announce u as a poisoner. You look despite eventhough you're nasty. Sorry, u r Rubbish! ***

Thursday, March 3, 2011

::: In the Middle:::

satu yg dapat dikorek hari ini.

bila kite terlalu berpandangan TINGGI nun terlampau jauh, kite rase kerdil dan serba kekurangan.
bila kite terlalu berpandangan RENDAH nun terlampau ke dalam, kite terase angkuh dan riak.




bagosnye, adalah cuba jadi orang yang sentiasa BERSYUKUR.



bila kite berada di TENGAH, sesekali pandang ATAS supaya kita sentiasa tingkatkan kemajuan,
bila kita berada di TENGAH, sesekali pandang BAWAH supaya kita lihat ada orang yg lebih kurang dari kita.




sisa nota : "saya rasa sedih kerana tidak mempunyai sepasang kasut, tapi saya harus rasa bersyukur kerana ada orang lain yang tidak mempunyai sepasang kaki"

tourist