Monday, January 24, 2011

:: Award Of The Best Defender :::

a.w.a.r.d

Manusia kalau ada award atas muka bumi ini, semua boleh dpt Anugerah Pelakon Terbaik seantero dunia dalam tiada mana2 batas masa. Sayangnya, tak ada. Kalau ada, gerenti penganjur muflis sebab semua JUARA.

Satu yang manusia punya dengan tegar dan likatnya adalah sifat bela diri sendiri. Jika ada yang kata tidak pernah dibuat, boleh ketuk dahi masing2 ok. Ada benarnya kat Pak Cik Freud, ada pelbagai bentuk cara kita defend diri sendiri. Sunggoh x sangka, manusia memang defender terbaek. Ini dia cara2 defend yg kita x sedar atau kita buat2 x sedar diri.


1) Represi : Ingatan @ kenangan tertentu yang menyakitkan kita halang dari masuk dalam alam sedar kita.
Bahasa Mudahnya : Malas nak layan cite2 perit ni. Mood : Ignore. lantak la yeaaa. Malas den nak pk.

Contoh : Cik Anggun tersangat marah dengan kawan baeknya, Cik Selekeh. Namun. dia pendam perasaan ( bajet malas nak perbesarkan). Tapi jangan khuatir, kalau da berlonggok2 pendam, bila meletup dia akan jadi Agresif ye. (sila la kumpol ye. Boleh wat simpanan)

2) Pemindahan : Tanpa sedar ( dan tanpa perasaan) gantikan sesuatu imbalan yang x hengen) dengan sesuatu yang lebih senang diterima. Pemindahan yang x masuk akal.
Bahasa Mudahnya : Disebabkan hang x suka dengan keadaan tu, dengan rasa bijak dan x dak hati perut hang pindahkan dengan apa yang hang suka. (Ikut suka hang)


Contoh : Jelitha kena marah dengan cikgu sebab x siapkan keja sekolah dia. Balik asrama, dia marah kawan die tuk lepas geram. (sila kesiankan rakan anda ye!)


3)Sublimasi : Sama dengan pemindahan tapi alasan dia boleh dterima oleh masyarakat. Helah yang dianggap matang (educated siket kalau nak defend diri) kerana berjaya menggantikan dengan dorongan yang boleh diterima

Bahasa Mudahnya : Sama dengan yang ke-2. Tapi yang tu buat suke hati dan ikut perasaan. Tak educated langsung nak defend diri. Pindahkan la sesuatu yg x selesa atau ingini dengan sesuatu yang lebih nampak macho.


Contoh : Si Kacak yang tidak kawen2 sehingga jadi kertu. So, cara nak defend yg paling efektif cakap la duit tak cukup lagi nak kawen. (kan nampak macho jawapan cam gtu.haha)

4) Penafian : Digunakan utk yakinkan diri bahawa benda tu tak wujud utk elak tekanan.
Bahasa Mudahnya: Menafikan. X ley terima kenyataan.


Contoh : Mak Ayah dia meninggal dunia. Tapi die kata x. Mak Ayah dia masih wujud.


5) Regeresi : Bila ego terlalu kuat, seseorang akan kembali ke tahap personaliti yang lama untuk sesuaikan diri dengan tekanan.
Bahasa Mudahnya : Balik ke zaman dolu2 la. Nak pretend punye pasal. Kita ni bila da tua2, nak bertengkar, kadang2 x sedaq diri. Sampaikan nak menang ja. So, terpaksa jadi kanak2 balik.



Contoh, tarik rambut. cakap bahasa kasar. (Aishhh,xmatang langsung)

6) Projeksi : Menyalahkan orang lain kerana tidak dapat menerima kelemahan diri.
Bahasa Mudahnya: Tuduh orang lain, padahal sendiri salah


Contoh : Cik Lazy memandu dengan rasa penuh mengantuknya tiba2 terlanggar kereta Cik SaBar. Dengan rasa biadapnya, dia tuduh cik Sabar yang lambat bawak kete walhal dia yang tetidoq.



7) Pembentukan Reaksi : Reaksi wujud bila tindakan bertentangan dengan motifnya.

Bahasa Mudahnya : Hipokrit a.k.a talam 2 muka



Contoh : Hang meluat dengan majikan tu. Tapi, hang layan die perfect teramat. Yang 1st class punye layanan. Tebaeklah. Kenapa? Nak kipas2 tuk naek pangkat lah tu. isk3



8) Rasionalisasi : Beri alasan yang tidak benar tetapi munasabah.

Bahasa Mudahnya : Dah cukup mudah ya. Kalau x paham jugak, tak tahulah.



Contoh : Hahaha. Ni ramai student biasa buat. Kalau dapat markah rendah, ayat paling afdhol nak defend adalah "semua dapat markah rendah mak". Ok, jawapan yang bagus.



9) Introjeksi : Mengidentifikasikan dirinya dengan orang lain untuk lindung kelemahan diri.

Bahasa Mudahnya : Ambil kesempatan terhadap kekuatan / kelebihan orang lain.



Contoh : Cik G-Pang berkawan dengan VVIP sahaja. Dengan harapan nak tumpang senang. Allaaahaiiii (parasit)



10) Kompensasi : Lakukan aktiviti lain untuk tutup kelemahan diri.

Bahasa Mudahnya : Nanti I cari kamus Tagalog kalau masih tak paham ayat diatas.



contohnya : Dah x pandai bola jaring, g la cari game laen yang hang pandai macam batu seremban ke. Ok gak Kot? hahaha



11) Fantasi : Angan2 sama ada + / -



Positif : Mimpi yang boleh mendorong kejayaan

Negatif : Mimpi yang boleh mendorong ke arah kegagalan.







Sisa Nota : Nahh, jangan cuba nak tipu diri sendiri. Pasti ada mane2 taktik defend penah diaplikasikan. Cuma sendiri x sedaq atau buat2 x sedaq diri. Dasar manusia, mana mau kalah dan terjtuh kan. Pasti malu..

No comments:

Post a Comment

tourist