Friday, December 30, 2011

:::lari laju laju:::



dan sehingga hari kemuncak pun masih berpoya-poya. Sudahlah umur senja, masih lagi tak sedar diri. Mungkin patut di tumbuk lumat2, di tampar berjuta lemon, di siat berhiris2 kesedaran, baru boleh celik mata, terbukak telinga, ternganga otak. Tak payah nak sibuk cuba berdiri, cepat2 lari. Takot tak terkejar dek diri.


"Selamat bernebes-nebesan dan selamat rundown wahai otak geliga untuk exam di corner, moga
bijak bestari hendaknya"

Sunday, October 30, 2011

:::Rain from Allah:::

Abang..





Masuk semalam da 2 ari abang asik tido je.
Abang x penat?
Dan untuk selama itu jugaklah kaki n tangan abang diikat.
Abang sakit kan. Tahan ye.








Dah 2 ari kami depan bilik abang keluar masuk..
Ramai orang datang. Sangat.





Abang tahu..
ada satu masa ade 4 dr bawak abg keluar dari bilik.
Semua orang tengok abang.
Tapi umi, buya n pija tak tengok abang.
Tahu kenapa?
Kami tak sanggup.





Di satu sudut,
umi da rebah,
pija pluk ajie kuat2
dan buya..
tiba-tiba menitis air mata.








Abang tahu...
Selama hidup pija, buya tak pernah menangis.
Macam yg abg tahu, buya kan hero kita.
Hero kita menangis tiba2 abg...





Dan petang semalam..
Abg da buka mata.
Alhamdulillah...
Allah perkenankan doa semua.
Walaupun separa sedar. Syukur alhamduliilah.
Murid2, kawan2, ustz2, sedare mara.
Semua tak henti2 doakan abang.
Ramai kan orang sayang abang.




Abang..
Semalam abg da boley cakap...
tapi x jelas..
Semalam abang panggil buya..
Itu tandanya abang da sehatkan..?
Semalam..Pija pegang tangan abg..
Abang respon.. Abang pegang jari pija kuat2.





Buya suruh pija balik..
Pija ckp kat abg hari khamis pija balik semula.
Abang tanye "hari ni hari ape?"
Hari ni hari ahad abang.
Luluh hati pija bila abang jawab balik
"lamanya....."






Dr cakap abang x bley kluar ICU..
Abang sunyi duduk bilek sorang2 yg ade banyak mesin ye?
Abang masih dibantu oksigen
tapi x pe..
dekat ctu ade banyak Dr. jage abang..
Abang jangan risau.
Jangan gerak2.
Pija balik nanti pija terus g sane.





Abang cepat sehat.
Nanti umi nak bawak abang makan nasi arab feberet abang.
Abang kan suruh pija beli cincin tunang abang.
Buat hantaran abang...
Nanti kita buat same2 ye.





Abg kate abg ustaz rock. Ustaz rock kene cepat sembuh, x rock la asik tidur jew. =(











*abang kate tak suke merah jambu. Tapi semalam pija masuk bilek abang, abang letak jam merah jambu. cermin merah jambu pija punye kat bilek abang walhal abang ade. Abang rindu pija la tu. Kite same.

Saturday, October 29, 2011

Saya sayang abang & abang saya hanya dia seorang

Buat abang yang amat saya sayangi.

Malam tadi, saya nampak sekujur tubuh.
Itu bukan abang saya.
Abang saya memang kuat tidur, tapi dia tak tidur dengan banyak wayar.
Memang bukan.
Abang saya seorang yang kuat makan.
Kami sama gemuk. Tapi hari ini dia tak makan pun.
Abang saya seorang pemalu. Tapi hari ni die pakai sehelai cadar je.
Cuti ni, abang suruh saya balik awal, nak tunjuk motor baru katanya.
Tapi, bila saya da balik ni dia asyik tidur je.
Saya ingat lg kali terakhir kol, abang sipu2 cakap.
“abang nak tunang..”
Oh, Abang saya da besar rupanya
Tapi bukan ke 3 minggu lagi abang?






Abang, ingat tak kecik-kecik kita suka keluar senyap2 kat rumah wak roman dulu. Tapi, bila kantoi abang je kena. Hmm..sian abang kan. Dulu, kecik2 abang kata abang nak kawen tunggu pija kawen baru abang nak kawen. Abang ingat tak?



Tadi saya masuk jumpa abang lagi.
Saya cakap dengan abang banyak-banyak.
Saya tak nangis pon.
Abang dengar kan?
Kenapa abang tak jawab?




Umi kata, abang anak yang soleh. Memang. Saya kata.
Hari ini ramai orang jumpa abang. Ramai sangat.
Mak cik2 ni cakap anak yang baek memang orang sayang.
Ye, saya teramat sayang die.
Die marah, saya lawan. Saya suka.
Die buat lawak, saya ketawa. Saya suka.
Die lapar, sruh saya masak. Saya suka.



Abang, ini cuti rehat tidur. Lepas ni jangan nak tidur banyak-banyak lagi.


Ramai orang kate Abang hensem. Memang betul pon. Owang da lame perasan. Macam kat IC abang yg owg sedang pegang ni..


Cepat la bangon tidur, kan janji nak bawak owg jenjalan kat kawasan umah baru kita. Sambil makan burger oblong yang abang suke belanje tu. Lepastu makan kuew tiaw pulak. GEMOK!



Lagi satu..
Abang, minggu depan hari jadi pija. Abang ingat x? Pija nak hadiah die, abang je. Boleh kan Allah?





sincerly,
Fieyza Syakir
Satu2nya adeqmu yang sangat rindu satu-satunya abang.
29/10/2011
Wad ICU, Tingkat 5
Hospital Selayang.


Nota kaki : Terima kaseh untuk doa-d0a dan ucapan yang menyenangkan. Moga Allah memperkenankan doa dan merahmati kalian. Amin. *maaf jika ada mesej yg tak terbalas.

Tuesday, October 11, 2011

:::Nyorok jauh jauh :::

untuk sesuatu yang tak menjadi seperti yang diimpikan, lari jauh2 sana! Sila jangan halang laluan traffic. Sungguh menyesakkan lagi menyusahkan.

Wednesday, October 5, 2011

:::Bogel Menuju Tuhan:::





Sedikit teruja.












Ok, tpu! TERAMAT teruja.












Sudah jatuh chenta dalam dalam. Eww. *blink*












Bukan dengan manusia tapi dengan isi bukunya. Karya cakap2 die yang macam besh.




























Monday, September 12, 2011

:::wOw..10 sifat suami anda hebat? :::

dan te-tibe tak sengaja terpandang status menarik di FB.




"Prof.Dr. Baltaji dalam bukunya "Fiqh al-Marah" menjelaskan, ada 10 sifat suami yg hebat.

1. Imam Solat. Suami yang mampu menjadi imam dlm solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama.

3. Suami yang matang.

4. Bertanggung jawab. ... ...

5. Suami yang ‘independent’.

6. Mempunyai prinsip dan pendirian yg jelas.

7. Melindungi anak dan isterinya.

8. Jadilah suami serba boleh.

9. Boleh membaca al-Quran.

10. Disenangi oleh org sekelilingnya.








sumber : Ustaz Izhar Arif (UKM)



ok..memang tidak punye apa2 hint ye kawan2. =P Cume rasa cantek menarik tertarik dengan isi2 yg bernas lg bijaksana. Sekian.





Monday, August 22, 2011

:::Jalan tanpa traffic light:::









Kadang2, manusia akan jalan tanpa toleh menoleh. Terus. Redah semua.

Adapon manusia yg guna traffic light adalah golongan yang berhikmah dan bertatasusila. Masing2 masih belom bersedia untuk dibawa Van jenazah ke tempat sepatutnya.


Persis seperti mulot, kadang2 ada manusia yg cakap langsung dengan menggunakan short cut. Pantas dan padat. Habes selok belok simpang lekuk dan divider di redah. Kalau orang lain tak sakit, sendiri yg rasa sakit kan?

Bezanya dengan yang cakap pakai akal dan hati. Sebelum bercakap harus pandang kiri kanan, lihat sekeliling. Baru melintas. Berhenti bila perlu. Safety kan?


Jadi, mulot manusia tak mungkin dipasangkan traffic light. Nak harapkan kesedaran, mana tercapai 24/7 dalam keadaan sepenuhnya sedar. Kdang2 akan terlepas dan tertekan minyak bila keadaan tidak terkawal.


Sisa nota : Jika mulot manusia punya traffic light, pasti hati kuman cacing gajah manusia dan seanteronya tidak akan berlaku kemalangan menghiris. Jika kereta pon kadang2 sukar dikawal, inikan mulot manusia yang ada lepasnya.






-NO BODY PERFECT-







P/S : jIKA satu dua kemalangan, itu memang kecuaian. Tapi kalau acap kali benda yang sama, memang itu habit kekal sepanjang zaman. Mulot maut .




Sunday, August 21, 2011

:::Plain vanilla:::




Jangan ketakutan tak tentu hala. Jika pasti ia milik anda, jagalah. Kerana seluruh petala dan semesta, sudah berpunya. Hakiki.

Friday, August 19, 2011

::: double triple :::



Pemberian hari ini adalah ganda ganda ganda penerimaan untuk hari kelak.

Dan biarlah ia Lillahitaala.

Monday, August 15, 2011

:::Belakang Semalam :::




Respon jiwa : Maka, lebih banyak bagusnya jika setitik pun tidak punya hubung kait dengan mantan. Kerana lebih banyak buroknye jika bersangkut paut. Kerana mantan lebih banyak yg membawa maksud duka durjana di sebelum hari.


::: Murka petala ke tujuh lapan sembilan :::

Dan semalam...



datang seorang budak. Ok budak. Around darjah 3 atau 4 datang dengan muka innocent lagi suci murni djamin halal. Aishh. Sadis. Motip kedatangan dengan ketas kaler biru. Ok, dapat tangkap. Macam zaman mude2 belia dulu. Se-kohlah punye agenda.


"Acik, nak mintak derma untuk sekolah"



Di ulang, Acik.


oh, No.


"Maaf adek, ni je yg akak mampu. Akak pon Student"



Ahdek, anda memang jujur. Ahkak 23 kot! Sirap oren rebena tol.



Sisa nota : Sila jangan menyapu di halaman rumah dengan berbaju kelawar. Pasti panas ati sambil gelak guling2. Sekian.


ha-ha-ha



Thursday, August 4, 2011

:::Mulut manusia memang UNSTOPPABLE:::


Memang beza.

Manapun ceruk muka bumi ni, gejala umpat mengumpat memang kencang lagi deras. Kadang2, langsung x menjaga sensitiviti makhluk sekeliling. Kot ia pun nak mengumpat, ngumpat bedua je la Mak Cik weyh. Dosa x yah nak sedekahkan kat seisi kampung. VIRUS tu! Aishhh. Yg paling seronok terdengar tyme bulan2 pose ni la. Haibat..Rancak!

Satu hal lagi selain ngumpat adelah mulot mulot mulot manusia yg suke cakap cakap cakap.

Dan tibe2 teringat cerita Abg Besar tentang mulOt2 orang yang menyerupai mulot puaka * maaf untuk perumpamaan yg sangat mantap dan juga
seorang bapa dan anaknye serta unta tunggangannya.


Seorang ayah yg baek serta anak yg soleh mengalami masalah dalam perjalananya bersama unta. Dek kerana MULUT MANUSIA, kemaen lagi den highlight mereka serba salah dan hape pon tak buley. Sadis!



Di dalam perjalannya:


1) Si ayah suh anak die yg naek dan die memegang tali unta sambil berjalan.

MULUT2 MANUSIA : "anak tersebut sangat derhaka, ada pulak ayah die yg bawa die cam raja pulak"

Jadi si anak pun turun dek kerana cakap cakap cakap tadi.



2) Si anak menyuruh ayahnya duduk diatas unta lalu die memegang tali dan terus b'jalan.
MULUT2 MANUSIA : "ayah tersebut sangat zalim dan tak perikemanusiaan. Sanggup melihat anaknya penat berjalan"


ok, si ayah pun stop dan terus turun.

3) Si anak dan si ayah mengambil keputusan untuk kedua2nya menunggang unta bersama2 dan meneruskan perjalanan.


MULUT2 MANUSIA : "mereka berdua sangat zalim pada haiwan. Bagaimana seekor unta boleh menahan berat 2 orang manusia"

4) Dan akhirnya kedua-dua mereka mengambil langkah terakhir iaitu kedua-duanya berjalan kaki sambil memegang tali unta.

MULUT2 MANUSIA : "alangkah b*d*hnya mereka berdua kerana tidak menggunakan kemudahan yang ada."


See, macam mana mulot mulot mulot manusia yg suke cakap cakap cakap boley menyusahkan hidup seseorang.


Sisa nota : Apa pun yg kita buat, jika yakin ia benar dan tidak menyimpang dari norma kehidupan dan norma agama, lakukan tanpa ragu. Kerana kadang2 mulut manusia banyak binasa dari baiknya.



mana mungkin dijahitkan?


*
cerita ini adalah cerita yg telah diceritakan. Jika ada kurang atau tertambah wat sesedap cerita, ampun ye. Sekadar nak kongsi kongsi kongsi.




Wednesday, August 3, 2011

:::syurga itu memang heaven:::






Syurga itu memang heaven.


Bila dengar tb dan orang yang cakap cakap cakap. Kite semua jelas bhawa syurga tempat terindah yang manusia tak terjangkau nak pk even overdose pon ke santek gilaannya. Tapi yang menariknya, wanita itu ada banyak syurga kalo nak compare gender lawannya. Itu mak cik2, brader, akak, opah, uncle segala spesis homo sapiens dan sekutunya yg penah cakap. Tpu kalo x tau.









-----> syurga di bawah kaki ibu






baby : betul ke ade syurga kat cni? *confuse




jangan tanye kenapa syurga ada di kaki sedangkan ada yg punye cagu atau kurap atau kudis atau segala bagai yg kurang menyenangkan. Ceitt. Korang punye pon bukan la menawan sangat. Mak kite sume punye kaki lebih hebat,suci dan kuat kot. (ok, that's not the point)




Kalo diikutkan logikanya, kaki mak kite ni kite ibaratkan suatu penghormatan buat kaum ibu. So, memang korek dalam mana pun takkan ada syurga di situ. Apa yang cuba disampaikan, hormatilah ibu kita. Kerana jika kita menghormati ibu dan memperlakukan ibu sebaek2nya, balasan syurga la imbalannye. Amin~



-----> rumahku syurgaku


why?


ha, yg ni peribahasa memang peribahasa perli direct kaw kaw. Ha-ha. Maksudnye, kalo rumah hang porak peranda kuca kaci tak tentu hala, tak delah syurga ye. Arap Maklum. Tapi, kalo hang wat umah tu kemas, bersih, suci dan sodap mata memandang..Memang wallaaaaaaa..Kite kasik kire cincai, cam syurga dunia la. Tapi, semua tau syurga Disana tu lagi haibat kn.?

So, peribahasa ini memang mencocok jiwa yg halus. Hang sedaq, hang bagus. Hang x sedaq, hang punya pasai. Sila jangan amek ape2 respon dengan peribahasa ni.








ini memang syurga dunia yg diharap2kn FMJ . Cun kan? * xsuke suda! =P





ehem2..sape punye umah angkat tangan! *baek sorok. Malu kat mak mentua aihh.






-----> syurga di bawah tapak kaki suami












ahkak ni sedang membersihkan syurganya. =P




Hahaha. Yang ni pon pompuan jugak yg kena. Adesss. Nasib badan masih dibawah tapak kaki umi lagi. Ho-ho-ho. Mana2 yg da kawen, sila pastikan kasut suami anda dan jugak selipar nye dalam keadaan yg indah dan bau yg terkawal. Syurga tuuu. Ha-ha.


Btw, ni pon lebey kurang. Isu :Syurga dan tapak kaki juga. Maksud sudah tentu lebey kurang dengan telapak kaki mak.Dah kawen ada penambahan, Hormati usband juga. Jangan derhaka dan perlakukan sebaeknya kalo nak dapat syurga. Nak x?



Tapi, yg mushkilnya di sini. Ada juga usband yg meng-kaki kaki kan isteri. AiyoOOo. Syurga ke macam tu? this is what we called "d-a-y-u-s". Cam ne nak ade syurga kalo itu yg dibuatnya. Ok, memang x patut! Hey ahbang, ade banyak lagi care kot nak sekolahkan aHkak. Bermesyuarah ke kan agi baek?




So, betulahkan syurga yg diumpakan buat perempuan itu banyak. Jadi anak yg soleh, jadi seorang yang rajin dan patuh pada suami. Da kire Heaven kat dunia la tu.



sisa nota : Apa pun syurga diibaratkan dengan dunia, syurga tetap terindah yg tak dapat menjangkau pemikiran manusia normal. Jika ingin jangkau, sila la bertanggakan ibadah dan taqwa (^_____^)







report : gambar disearch googlekan. Maceh!

Tuesday, August 2, 2011

Yes or No?

Saya bukan lah seorang yg mudah tuk mengucapkan "ya". Kerna jika 'ya' atau 'tidak' itu merupakan sesuatu yang amat penting, mana mungkin keputusan itu diambil dalam masa 2 3 saat macam Abu yang hendak beli gula2 hack di kedai Muthusamy dalam perjalanannya.



sisa nota : Jika gula2 hack tadi boleh dipulangkan atau dibuang atau disedekahkan jika tiada keinginan lagi, maka tidak wajar jika ia disamakan dengan perumpamaan benda2 penting yg lain.



*maaf buat mana2 Abu dan Muthusamy untuk contoh yg tidak mengaibkan.

Monday, July 18, 2011

:::Nyata:::

Bukan bijaklah manusia itu jika diri sendiri dibohongi. Kerana hakikat itu jelas nyata.



-fieyza syakir-

Saturday, July 16, 2011

::: Sila berebut dengan rakusnya:::

Malam ini bermula 15 Syaaban 1432H atau femesnye Nisfu Syaaban. Bulan ni je pertengahan bulan dipanggil nisfu. X da kan nisfu ramadhan,nisfu syawal dan nisfu2 len? It means ada la speselnye hari ni. Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. Rasulullah bersabda : barang siapa yang mengingatkan sesama. Tentang kedatangan bulan ini maka api neraka haram baginya.!!-Insya'allah









sisa nota : jom say NO tu api neraka. Nauzubillah.

Friday, July 15, 2011

::kerana rezeki itu lain-lain::

fenomena terkujat tamparan hebat ke gegendang telinga.. haha





Kadang2 sifat dengki yg bangkai datang, mula la kepala x dpat rehat lalu pucat. Tpu manusia normal x de perasaan dengki. Hahaha. Jeles punye pasal. Kadang2 diri ni harus disedarkan bila tak sedar diri melebihi tahap awareness seseorang. Kaunseling x gune dah masa ni. Mungkin tampar berjuta kali jugak x lut. aIshh..





Apa yg pasti, bila Inche' Buya berkata2, kalo hang x sedaq juga memang hang kebal. X payah nak straight pon, dah terbatuk kahak tersedar punye pasal. Tidak menyindir atau perli, tapi kata2 itu lebih tusuknya dari pisau.






"Rezeki orang lain-lain. Mungkin ini untuk dia, itu untuk kita. Kalo hari ini untuk dia, besok luse kite. Cepat atau lambat, itu satu ujian yang punye hikmah. Hanya sabar atau tidak bezanya. Jika dia dilapangkan dan disenangkan hari ini, bersyukur dan ucaplah tahniah. Mungkin Allah akan gandakan tahniah tadi untuk kita. Siapa tahu?"






-S-U-P-E-R-H-E-R-O-














sisa nota : Hidup ini, kita yang jalani. Jangan pernah harap orang lain akan buat keputusan.






Thursday, July 14, 2011

:::Life isn't Easy. Face it Calmly :::

Day by day..



Every second, every creature is increasing the life cycle. No exception, I am. And whenever the time passed, each person have an "agenda" to think. Education, employment, daily life, and marriage...


Wow, marriage here, marriage there. Semua nak cakap pasai tu. Hey, I'm already old now. Urm,,not really..Baru 23 kot mak cik.. Hahaha. Can we run away from talking about wedding? hahaha. Whatever it is, such is the reality of life. Got a passion for something. Then, itu baru normal kan.?


Forget about marriage for a while. Ada jodoh, there is the invitation card to you rite? hahaha. Another thing menyerabutkan kpala is about careers? What I will be in the next 2 years. Memang la, tok sah nak srabutkan kapla to think of something to come, undergo it carefully and focus. But, orang kata, what we today determine our future rite? Then, pejam celik pejam celik, sedaq2 dah 2 tahun kemudian, dan2 we realized what else can do it then. Takkan la tu baru nak toleh belakang? Hishhhh.



La ni, no money, no respect. Orang x pandang sangat eyh. Sebab si Inche' Money jugak la macam2 can happen. Money can make people fight, divorce, suffer, merempat and segala bagai. Ditekankan disini, money is not everything ok. There still another thing more priority. There is, of faith and piety. Sibuk kat dunia, akhirat hang pi mana. Fair and equal. Baru la haibat namanya.kn?



Fuhh, that few of the realities of human life. Banyak lagi zarah2 tentang dunia nak kena hadap. Apapun isi dunia dan permasalahnnya, hadapilah dengan tenang. Every problem has a solution. No need to blame fate, as something good comes to all things. Have the effect of good, the bad got wisdom.Because why? Because Allah knows for everything he created.







sisa nota : kadang-kadang kite perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga sekejap, kerana manusia itu ada juga yg tempayan dan ada jua alien kena sumpahan.




mak cik takot x? haha

Thursday, June 30, 2011

kosong itu NOTHING


ha-ha-ha






Bila berada di dalam kekosongan, diri jadi lemas dan bila dalam kesibukan, mula datang sesak. Pasai pa? Entah. Cuti semester bukanlah sesuatu yang heaven cam dak2 sekolah dulu. Asal cuti macam dapat hadiah besaq ja walhal cuti dok uma je pon. Pe de hal kan? Tdo je ke, tgok kartun ka, jenjalan dapat makan KFC da kire cam Heaven la tu! ha-ha.












Dulu, kene nanges guling2 baru dapat g mkn ni. La ni pandang KFC sebelah mate je. Muak kot. Ha-Ha. Maap ye TOk.









ok. Balik zaman da tua. Cuti hang dok rumah memang lemassss. Aishhh la. Nak g soping 24/7? Seronokkkk bg kami tapi sesakkkkkkkkk napas penyumbang terbesar nafkah. Haha. Sebagai anak yg budiman, saya memang x suke sopinggg pon. =P Tapi kalau inchek buya, puan umi dan inche' adil ajak kuar, saya memang suka tolong mereka. Baik kan? tOlong amek barang, then diorang bayaukan semua. Haha. Tips : sila meghenyeh tyme nak mintak bayo. Cair mak! Lepas tu tolong angkat kan barang diorang yg berlambak2. sampay uma tolong amek air dan picitkan kaki dan pale mereka. Kah2. BUDIMAN kan?




x de la gini ghopenye. Dah macam kemaruk pulak kan? ha-ha

















dan macam biase, tunggak utama pengurangan dana rumahtangga adalah dua wanita terhebat di rumah ini. Ha-ha. Queen Mahdaniah dan Princess Hafizah. Mak mana yang x sayang kat gugurl die kan? Mau apa? kasik.. Nak lelebey? Penampo mau? ha-ha








*Tapi, sekali lagi diingatkan. Ini adalah tabiat bila ada kelebihan. Kalo dah sendat, kami lagi baek dan budiman. Berpada-pada. Masih sedo diri lagi. Ha-ha.







Berbalik pada cite cuti yang terlalu lama sehingga merengsakan seluruh organ yakni pada hari2 kebiasaan (tyme owg keje la). Mula la mati kutu. Baru la tersadau, ini rupenye rutin harian Madam. Solute dengan Queenchantek saya. Tahbah betul. Ewww..Adalah rutin yang mulia lagi berpahala. Amanah dalam cinta gtu. Kerja ini lah yang kami lakukan berdua selama menjadi surisyurga chenta..Ewwww







dan segala bagai keje yang berkaitan yang malas untuk dipaparkan disini.





Untuk cuti yang agak kosong ini, saya nak bagi award kepada QUEEN CHANTEK saya iaitu QUEEN MAHDANIAH kerana tabah dengan keseronokan yang sebati dan x penah mengomel. Walaupun pada hakikatnya, sedikit kebuhsanan kalo definisi ini yang saya cube simpulkan dengan kerja rutin yang banyak kosongnya..








_Sekian_


Sisa nota : Nampaknya, saya memang bukan pencinta kekosongan sebaliknya menyukai kesesakan yang berpada.









*segala gambar yang ade diucapkan terima kasih kepada penderma : Inche' GOOGLE


Friday, May 27, 2011

:::Learn from observation:::



Allah selalu menduga manusia dengan sedikit ujian. Dan kemudian didatangkannya kemudahan pula.. Jika dalam sebulan, baru 1 hari ja kite mendapat kesulitan, yang lagi 29 hari tu kite diberi kelapangan.. Kadang2 lebih dari sebulan untuk kite rasa nikmat lapang sehingga datang lagi kesulitan untuk kite sentiasa bermuhasabah.

Wednesday, May 25, 2011

::: "Belum tua, tapi berusia Je"..Ha-Ha:::

Ha-Ha-Ha



Punya banyak rasa. Kadang2 rasa panas ati ade, rase geli ati pon ade. Satu perkara yang paling tidak dgemari, bila hari cuti ade kenduri kawen dan segala bagai kenduri, paksaan untuk ikut pergi adalah tinggi. Aishhh..Puan Chenta saya akan buat ayat paling dramatik kalo kite kata "tak nak ikot".




1. "umi macam tak da anak pompuan je kan. Orang len tu anak pompuan die...bla bla bla bla"
2. "Biarkan nti kenduri die ade orang nak g ke x....bla bla bla bla bla"



Aishhh,ayat2 ni la yang dapat melemahkan organ dalaman jiwa dan raga. Mahu x mahu, angkat kaki dan gerak. Ok, pergi!



Dah sampay, ini lagi "gembira" rasa hati bila mak cik2 kat tempat kenduri ni ayat lebey kurang same je semua. Aih?




1.Mok Cik : "Ishhh, da besar die..lain ye da besar"
Respon : dalam ati " ye mak cik, takkan saye kene jadi baby je sampay bile2. Kesian umi saya"..tersengeh2 aka senyum wat2 ikhlas.


2.Mok Cik : " Aish, x lame lagi kenduri die pulak la ye. potong 6 hekor lembu la ye Syakir"
Respon : Dalam ati jugak "Hemo2. Mok cik cite suke hati je 6 hekor lembu. Buya saya nak rusa wat kenduri. Hahahaha

3. Mok Cik : "Berbesan la kite ye Mahda'
Respon : Saya dah jumpe ramai besan umi saya mak cik. Mak cik yang 3479 cakap macam ni. Anak mak cik rela bermadu x? hahaha

4. Mok Cik : "Syakir, bile nak kenduri nya ni. Dah sesuai makan nasik minyak da ni"
Respon : Sok saya masakkan tuk mak cik ye. 3 periuk cukup =P



ok. Umi, ini sebab musabab kenapa pija x mo g semua kenduri kawen. Sekian.



Mak cik yang budiman. Saya 23 dan bukannya 32. =P


Sisa Nota : Rase2 nak g kenduri lepas ni, kene bawak teks jawapan sebab semua soalan mak cik saya dah tahu. Hahahaha





Friday, May 13, 2011

:::One in a Million. Exist?:::




Memang,



saya bukan cerewet. Memilih juga tidak. Tapi lebey kepada keciwa yang bersisa.Jadi, lebey baek saya perhatikan satu satu, dan kemudian amati elok2. Mungkin, bukan emas yg d jumpa. Asal ia berguna. Biar buruk rupanya, asal tidak huduh dalamnya. Kerna kebiasaanya, mutiara ada dalam tiram yg huduh. Sedang kaca berpeleseran dimana-dimana.





Sisa nota : saya hanya mencari sebutir mutiara walaupun saya punya selautan kerang.




Saturday, April 23, 2011

:::Not yet maybe:::









"Kaunseling sebenarnya cuba membentuk kesihatan mental supaya manusia berasa selesa dengan diri sendiri, berfikiran positif dengan orang lain dan berkeupayaan memenuhi kehidupan"








Walaupun berjuruskan Counselling, ini masih saya kawal walau kadang2 terkeluar landasan. Bak kata individu A, kita bukan makhluk luar biasa tuk memastikan semua emosi ditahap terkawal dan stabil walau diri kita sendiri. Cuba jadi pemudah cara lebih bermakna dan berpahalakan dari tak ada apa2 fungsi?
















Sunday, April 17, 2011

:::Ini bukan Musim Durian:::











tp, Musim yang sama setiap setengah tahun.






1. Library da mula penuh mcm super market (except ME)


2. Bil letrik semakin tggi (gara2 lampu on 24/7)


3. Ramai yg da mule buat solat sunat especially di tengah malam. Alhamdulillah.


4. Skip waktu makan. (bazir waktu jalan nk g kedai & makan)


5. Malam x ngantuk pun walau bace buku


6. Tidur berselimutkan nota2


7. Dekat FB status kebanyakan wat wish GUD LUCK & mintak maaf segala bagai


8. Mengurangkan pergerakan dan aktiviti luar.


9. Tepon mak ayah mintak maap kalau2 ade dose pulak


10. Minuman peberet adalah nescafe, old town caffe, cappucino, latte & segala bagai kopi


11. Bilek dan kebanyakan tempat aman dan tenteram akibat pengurangan bunyi bising


12. Kurangnya aktiviti gelak terbahak2 dan lagho x tentu pasal


13. Stdy nampaknye hanya boleh fokus tyme2 gni


14. Kene apal segala doa nak masuk pekse, nak jawam exam, penerang hati dan sewaktu denganya


15. Setiap saat adalah terlalu berharga untuk dipersiakan










Sisa nota : Hahhhhhhhh. Itulah musim yang bukan musim durian. Musim periksa siksaan = peperiksaan.






apepon gaya kite semua, i'm wishing :




"BESH OF LUCK & PARDON ME IF I HAVE A MISTAKE DUDE" =p










(^__________________^)

Friday, April 15, 2011

:::This is what i said:::

Satu kepuasan.

Bila melakukan sesuatu pekerjaan yang melibatkan "kerjasama", bila kita buat dengan rasa suka sama-sama suka, susah sama-sama susah, semuanya jadi senang dan bermakna. Dan apa pun kerja kita, buatlah dengan penuh ikhlas, cinta dan bersungguh2. Tanpa kita sedar, semua halangan dapat kita tepis. - fieyza syakir-


Sisa nota : hanya yang betul2 melalui detik bersama lebih menghargai kenangan.

Saturday, April 9, 2011

:::The road you should taken:::

menarik!


ini yang tangan saya dapat bila berjalan2 berpimpinan tangan dengan mouse. Andai sedang dalam duka,sengsara,penuh ujian namun hmpir jatuh terjelepuk..byk ucpkan "HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL" mksudnya:cukuplah Allah itu mjadi pemberi petunjuk & sebaik2 penolong.

(al-furqaan:31)







>sisa nota : kadang2 patot jugak ingatkan diri bila kepala sedang senang & lapang. Supaya nanti, jangan x tentu hala bila otak menderita befikir itu lalu ini yang tak pernah sudah.



Wednesday, April 6, 2011

:::Follow the Flow:::

by the time i'd grown up, I naturally supposed that i'd be grown up.


It sound like this:


L.O.O.K


L.I.S.T.E.N


C.H.O.O.SE


A.C.T




oh. can i get the best and wonderful journey?

Monday, April 4, 2011

::Bintang, tolong jangan menjauh:::




dalam banyak perkara, ini antara perkara yg x dijangka kesannya. Mungkin suasana baru, harus ada penerimaan secara terbuka. Tapi, kesan hanya dapat dirasa bagi mereka yang betul2 ada bersama.




Mungkin harus paksa diri jadi lebih kuat. Tapi, kalau melibatkan hujan x sengaja, itu sudah tidak dapat dibendung. Mana mungkin kan? Cuba mencari penyesuaian dengan perkara baru. Sejauh mana keberkesanan dan ketahanannya, hanya nanti dapat dilihat. Jika longgar, lepas lah ia. Jika utuh, padu lah ia.



One thing yang paling terasa, bila bintang terasa ingin menjauh. Malam AGM bukan lah sesuatu yang menggirangkan walau dijulang dan di ucapkan beribu tahniah. Setitis pun tiada perasaan gembira melainkan sedih. Jujur katakan, saya rasa kehilangan.




Buat bintang itu,


Siyesly, owg sedih hang bla. Hang ingat owg saja2 nangis. Hang ingat owg x malu ka? Gila. Siyes malu! Owg asik teringat bila waktu2 sibuk, hang salah satu bintang yg sama2 kita menyibuk. Kita kuat gadoh, mulut sama2 melongkang, sama2 pressure, sama2 kuang ajaq, sama2menggila berprogram, sama2 tebal muka pergi sana sini, sama2 pening bila ada masalah, sama2 mengutuk orang, sama2 beria2 sedangkan ada yang buat biasa je. Bila hang cakap pasal nak menghilang, siyesly orang rase hang ni kuang ajak dan rasa nak lempang. Owg kuat ada dalam ni pun sebab 3 bintang owg termasuk hang, dak gile.



Ingat lagi bila program KAF, bukan je pengarah program yang tak tdo, hang pon sibuk tak tidur. Owg tahu, hang nak cuba buat yg terbaek dalam ape yg hang pertanggungjawabkan. Itu satu yg owg solute! Hang kalau boleh x nak susahkan anak buah. Hang rela skip kelas padahal hang pon student gak. Tapi x pa, hang pandai.




Bab2 nak mengkuang ajak pon hang jugak. Tapi jangan risau, gamba hang yg tetttt pon owg simpan sebagai senjata nak mengkuang ajak. Tapi, hang tau dak. Semua benda tu sangat terasa. Lepas ni mana ada orang nak carut2 kat owg. Nak kutok2 orang. Sape g nak laser2 owg. Sape lagi yg nak beria2 buat keje. sape lagi yang nak kate org gemok. Sape lagi yang sibuk kasi idea mencurah2? sape g paling eksited post sane sini pasal GPMS. sape lagi beria nak join program itu ini? Lepasni, Owg cuma harap bintang myza dan boxer kuat untuk owg tumpang kuat. Moge ada bintang baru yang boleh menggila bersama. Tapi x pasti, akan ade lagi sama gila macam hang. Bak kata hang, "bertemu n berpisah adat la kan?xde mnde yg percuma..someone need to go pemimpin bersilih ganti"









to myza dany n boxer : pegang owg erat2 n kita sama2 jalan ke depan ok.
to jalil : hang pon hebat jugak. Cume kite semua tak berkesempatan menggila dengan hang dalam berprogram. Tp owg tau, hang hanya perhati dari jauh.

to Iqbal Hamzah. Jangan pernah jauh, sebab hang antara BINTANG gila dan berbekas yang pernah wujud. =(




sisa nota : Qobal memang gila. Sekian.




Sunday, April 3, 2011

:::Flavor Of Life:::




tibe2 lagu ini kene pada jiwa.


Ok, saya sedang melayannya =)



Friday, April 1, 2011

:::rasa yg berlangsung:::


.yang teramat sangat.





sila belayar segala apa di bulan 4 dan moga bulan 5 tiba di destinasi dengan cukup sifat.









Wednesday, March 30, 2011

:::Jangan Terukir Cacat Cela:::




Untuk kedua kalinya, moga hari ini baek baek dan dipermudahkan perjalanan. Tidak ada emosi yang terabai dan punya input dalam menjalankan sesi nanti. Tidak mahu mengharap tetapi lebih kepada berdoa. AMIN~~



sisa nota : terasa tahap adrenalin sudah sampay ke puncak. Sedang menanti untuk dihamburkan semuanya.

Monday, March 28, 2011

:::Tool Of Healing Power:::





untuk debaran tadi malam telah terucap. Hasilnya adalah keranapan yang terpaling dalam. Tidak pasti apa yang diparahkan perasaan, yg jelas sempat bercucuran hujan walau tak sekelumit pon ribut datang. Kerana kadangkala, panas terik itu juga boleh mengundang hujan.


Apa yang berlaku dalam makmal tadi adalah bukan sesuatu yg diharapkan. Memang salah sendiri yang tidak boleh dinafikan. Menjadi model fasilitator hari ini nampak lancar pada awalnya, namun bila kesalahan sekecil zarah dilonggok2 kan da nampak sebesar lalat gila. Bila mind pulak tak habis2 menyalahkan diri,yang perasaan tertahan2 sebak. Dasar cengeng. Kritikan adalah sesuatu yang membina tapi salah sendiri bila mengharapkan kesempurnaan berlaku, ianya jadi kacau bilau. Penerimaan kritikan menyebabkan automatis perasaan rendah diri menjadi turun dan tekanan menaik. Inilah proses gila yang boleh buat perempuan lembik ni menangis macam ada kematian. Tapi, bait2 kata Dr saya pegang erat2.


"apabila awak mengharapkan sesi awak berjalan seperti sebuah laluan yang awak tetapkan, ianya akan jadi hilang kawalan jika ada individu yang melalui bukan seperti yang diharapkan. "


Secara jujurnya, saya tanam tekanan tersebut atas dasar ingin mendapatkan sesi yang tidak menyentuh sedikit pun kesilapan. Benarlah kata Dr, apa yang saya terima daripada pembelajaran saya rangkul semuanya tanpa wujud perasaan relax pada akhirnya. Kerana yang pasti, saya cuba elak dari melakukan kesalahan sepert sebelum sebelumnya. Tapi, hari ini wujud masalah lain yang baru saya rasakan. Setiap satu satu bait kesilapan kecil yang Dr utarakan betul2 menyentap jiwa. Harap kesannya, jangan ada pengulangan berbisa.


Tapi apa yang saya pasti, esakan tadi tidak sedikit pon disebabmusababkan oleh komentar Dr. Namun, yang lebih menusuk adalah perasaan keciwa pada diri lebih berbisa dan dalam.


Memang dasar orang bertype A, kelam kabut dan serabutnya tidak kira masa. Semua diredah. Rakan lain yang diberi komentar berpuluh juta relaks je, ini sudah pancit walau cuma beribu. Aisshh, dasar ratu leleh.




Biarlah perasaan ini hanya saya yang paham. Mungkin, apa yang saya rasa tidak sama dengan individu lain. Namun, jujurnya saya betul2 tertekan. Waima, jutaan kasih saya hamparkan buat ilmu yang terlampau banyak. Biar tertekan, ada banyak input yang saya lekat dalam2.


Belajar secara teori perkara yang melibatkan manusia terutama menyentuh bab2 emosi tidak sama dengan pembelajaran praktikal. Jauh menyasar. Siapa berani lantang membicarakan kaunseling adalah pelajaran /bidang yg senang, boleh cuba tunjukkan bukti. Sedangkan cendekiawan pon x de lagi yg perfect dapat mendescribe manusia secara satu satu, mereka yg merangkak2 belajar pula pandai cakap besar..Nak bernanah telinga pun, x gune jugak. Mulut tempayan pon x ley tutup, inikan pula mulut nenek kebayan.


Ok,bukan itu ceritanya. Apa yang patut dilepaskan, saya lepaskan. Kerana kata yg pakar, lepaskan perasaan dengan menulis atau apa sahaja method yg disukai adalah Tool Of Healing Power. Jadi, moga perasaan ini x akan menjadi chronic illness buat diri. Sekian.


sisa nota : dalam refleksi tadi, saya lekatkan nota pada Dr bahawa saya punya utang dengannya. Satu hari nanti jika saya masih punya kesempatan, saya bayar kejayaan saya pada Dr. Bukan kesilapan sekali lagi. Insyaallah.

Friday, March 4, 2011

:::i-c-u in the other side:::

Jarumlah banyak manapun.
Kalau jarum itu kena, maka puas la hatimu.
Dadah itu memang kuat kesannya.
Kalau ianya berpada, itu bagus.
Kalau ianya berlebihan, itu keji.
Kan ke dadah itu najis?




Tapi ingat, kadang2 jarum tak kenal tuan.
Mungkin satu hari nanti,
Jarum yang diharap itu yg makan tuan.



Sisa Nota : Kita takkan tahu saiz kaki orang kalau kita hanya pernah pegang n lihat kasut tu. Cuba pakai, baru tau ketat atau longgarnya kasut itu. Pegang dan lihat tak sama dengan memakainya. Kaki orang berbeza. Besar dan lebar lain2 walau kadang saiznya sama.


***i'm prefer to keep silent better than i'm announce u as a poisoner. You look despite eventhough you're nasty. Sorry, u r Rubbish! ***

Thursday, March 3, 2011

::: In the Middle:::

satu yg dapat dikorek hari ini.

bila kite terlalu berpandangan TINGGI nun terlampau jauh, kite rase kerdil dan serba kekurangan.
bila kite terlalu berpandangan RENDAH nun terlampau ke dalam, kite terase angkuh dan riak.




bagosnye, adalah cuba jadi orang yang sentiasa BERSYUKUR.



bila kite berada di TENGAH, sesekali pandang ATAS supaya kita sentiasa tingkatkan kemajuan,
bila kita berada di TENGAH, sesekali pandang BAWAH supaya kita lihat ada orang yg lebih kurang dari kita.




sisa nota : "saya rasa sedih kerana tidak mempunyai sepasang kasut, tapi saya harus rasa bersyukur kerana ada orang lain yang tidak mempunyai sepasang kaki"

Monday, February 28, 2011

:::Go straight and turn if necessary:::

Kawan,


jalan terus itu betul. Tapi, pandang2 dan jaga2. Kalau terlalu lurus, kepala bakal hantuk dinding. Kalau lebih malang, langgar bala hingga terus tak bernyawa. Bukan sakit lagi, tapi sudah pantas ucap "Selamat Tinggal"




Isi2 dunia ini kadang2 kejam. Trust urself.




Sisa Nota : Bukan salah pencipta untuk semua ujian. Dasar manusia, lemah dengan ujian.

::: Ohh,scattered:::

Waktu tengah berserabut dengan lambakan kerja dan keadaan yg samar kekaburan, pasti ada sahaja pengonarnya. Tidak manusia, barang mahupun sekeliling. Ambil bahagian masing2 walau x perlu. Kalau pekik2 lolong2 bisa habes semuanya, pasti sudah hilang semua itu. Tapi teringat bait2 bermakna.




"berusaha mencari cahaya lebih baik dari terus terusan menyumpah kegelapan"




tarik nafas. Go!


Thursday, February 24, 2011

:::Terbakar itu panas:::

teringat kata seorang sahabat.
Tatkala api sedang marak disuatu kawasan.



"jangan kite sume ngate2 die. Takut nti suatu ari kite jadi macam die. (nauzubillah)"


memang da lumrah manusia. Baek laki mahupun perempuan. Kalau dah tak puas hati, semua di hambur semaksimanya. Amarah sebukit, luahan segunung berapi. Tapi jangan di idupkan bara api arang untuk tujuan yg x sewajarnya. Melainkan ia bermanfaat untuk kita guna. Kalau sengaja, memang cari bahan untuk di kata. Nah, kalau dah semua orang hang hidupkan bara api, salah siapa???


sisa nota : tertarik dengan kata2 pujangga saya. Benci jangan teramat. Sayang jangan teramat. Kerna satu hari nanti yg dibenci yg timbul, yg disayang tenggelam.


*marah cukup sewajarnya. Sudah habis api, jangan duduk sebelah alkohol. Panas nanti.

Wednesday, February 23, 2011

:::word of pujangga:::

jujur katakan, sy rindukan buya dengan seikhlas hati. Sayang saya, teramat dalam. Rindu itu berpasangan dengan rindukan umi. Tapi, entah kenapa terdetik tentang buya agak dalam hari ini. Dan tiba2 saya sedar...


~Buya saya, MotivatOr saya~


satu dari kata pujangganya :





"kalau sekecil katak, jangan terlalu berusaha nak jadi sebesar lembu. Sebesar manapun katak cuba besarkan diri, tak mungkin jadi segemuk lembu. Bersyukur dengan apa yg dipunyai. Jadilah katak terbaek bukan katak yg cuba menolak takdir. Kerna katak dan lembu punya kelebihan masing2 yang sudah Allah tentukan"



sisa nota : tahu tak buya, buya lah ayah yang paling cOol dalam dunia ni. Dalam setiap kata dan gurau punya berjuta nasihat. Sayang saya pada buya teramat dalam. =)

Thursday, February 17, 2011

:::Leadership is Marathon:::




Sudah berminggu sebaek cuti, blog ini dalam tempoh berpantang. bukan malas tapi lebih kepada sibuk menyibuk. Yg dipong pang pong pang kan akhirnya jadi kenyataan. Bila da lalu dan telan semua tanggungjawab, baru tahu rasa nikmat, sedap, masin dan manisnya tanggungjawab itu. Sebagai 'pencacai' GPMS, tibe2 diberi kuasa arah satu program. Dalam mase nak due date, ibu nak bersalin(macam) ni memang gagah perkasa tak tdur seminggu bg mendapatkan hasil yang baek2(hendaknye). Yang masuk ramai, tak kurang juga yg tarik diri last minit.
Mengeluh 2 minit. Beralaskan test, maka diizinkan. Sehingga malam sebelum gerak, target hampir capai sasaran. Kurang seorang sahaja peserta. Kata penganjur, sudah cukup bagus (saje nak sedapkan ati owg). Tapi si pencacai ini memang gagah(konon) kerana rasa gagal je walau kurang sorang. Ber'uangkan' Rm50, bukan mudah mencari peserta dikalangan pelajar. Almaklumlah. Bajet tipis. Program ni, besar tu tidaklah. Tapi gempak itu ye. Hahaha. (perasan)



program apakah?







venue dan masa : dah tuliskan.?

ini lah hasil peluh si pencacai ini dengan kerjasama mereka2 itu
*special thanx buat bintang2*
Seribu satu langkah perlu diatur sebelum jejak tanah ini.


starting with...





buat pengetahuan
gadis2 ayu ini rakan setidur sekhemah segelak semerapu semereng.
Muka nak ayu tapi semua masuk air =P


Layaaannnn.
sesampay nye da kene makan ubi kayu dan sambal belacan.
ye! sambal belacan.
dengan hasutan mereka..
"Sedapppppppp"



ok, saya turut kanak2 ribena. Seronok kot bila tiba2 rasa muda. Ahh, perasan
.

budak perempuan belah kanan ni memang manje.
Name die tettt tapi asik sebut "hardcore!" (dah kene sampuk)
yg belah kiri pulak x abes2 dengan sifat keibuannya. KONON.
yg tengah. manusia jugak. =p

aishhhh, lupe. Yg kiri sekali kak mimie..hehe

semua rakan2 sedulang dari awal sampay akhirrr..

ok.

pertama-tama





Diakui, sume aktiviti x de la grand cam kat otel. Tapi impak die maksima membolehkan KL Menjerit berjuta kali. Nak lahirkan fasi, bukan senang. Susah cam nak beranak jugak la(ayat cam ade pengalaman). Nak pimpin orang, kita jangan buta dan jangan juga lembik. GAGAH macam BADANG(saje nak war2kan name group sendiri =P) Tp,once da join, baru rasa berjuta nikmat dalam penat. Ce tengok ce tengok kalo x caye.

ce dengar pergerakan baby dalam perot pasangan kamOo..

ewwww...

Berjam2 tutup mata, jalan dalam utan yg berliku2 ngan sungai n paya kelat. Ape rasa kalo buta pastu nak pimpin org?



ni bukan bersuka ria semata, tp kalo x dengar arahan n telinga tu x dengar, ni la padahnye.




Badang dengan strateginya yg mantOp. KONONnye.



Ini bbq yg harus disediakan oleh setiap kump.
But d end, makan group laen punye (hakikat yg berat)
&
makan sedaun pisang lelaki dan perempuan. 1st tyme kot. hentam lah.
(gasaklah kalo diorang nye x sedap. Kata mereka, belajar hargai.Hmmm)





ni senaman a.k.a LDK jugak.
men kawen, cerai, tunang, curang , couple.
Pon ade yg cuba disampaikan dlm game tu.
Bukan seronok2 semata2.




ni ade la pic yg dicurik snap oleh seorang abg fasi yg dengki dgn si 'pencacai' ni. hahaha

ok, nama baru saya 'extra perOt' (kejam kan?)

ade ubi ada batas, ada hari 2x ganda saya balas =P







check point ni kene gune akal bukan peluh.

klu "rata,tenang dan sabar"



bg yg suke ketawa,

check point ni yg paling berat.

salah undur= tolak 1000 markah

senyum = tolak 300 markah

isyarat (padahal nak kire je pon) = tolak 300 markah

tolak...tolak..tolak....

semua nak tolaklahhhh





sebab men ni la pencacai ni name 'extra perut' tu tercetus.

ce tengok.

perot kedepan + babat yg sedia ada = "pija bawak extra perut"

kejam okkkk. haha






aa,bb, cc, dd, ee, ff dan gg

'our name when we going to the jungle'


group badang dalam rancangan masak memasak.

"Tahniah din, hang ja la yg ley idupkan bara api dgn muka x bersalah. hahaha"






Cara nak bincang strategi kemaen lagik. Akhirnya, semua kasik rendam itu kepala dalam air.

HANCUS.






Maka, fasi yg sengal2 ubi menghasilkan anak2 didik fasi yg jua sengal ubi tapi penuh teladan

hak hak hak.





lastly,
setiap ape pon yg manusia2 ini lakukan di sana
pasti ada makna tersurat dan tersirat.
pengalaman semalam punya sejuta pengajaran
^_____ ^
title post ini diambil dari kata2 mantan GPMS UMT
"LEADERSHIP IS MARATHON"

sisa nota : walau terkeluh seketika dengan tenaga sekudrat cuma, senyuman dan feedback mereka sudah cukup buat saya puas. "Akak cepat buat yg second punya ea"...=)
Insyaallah ye adeq2 =)

tourist