Friday, December 17, 2010

::: Precious Pearl:::





Baru kejap tadi sahaja, saya langsai menonton "Tentang Bulan". Full . Terus terang katakan, saya rasa apa yang dia rasa. Watak Ila dalam cerita ini betul2 mengguris hati menyentap jiwa raga. Setiap apa yang ditangisi, jujur katakan , saya juga rasa. Walau bukan 100% inchi cerita sama, imbal balik tak jauh mana. Logiknya, sudah pasti bukan dipinta dirinya berpewatakan dan berfizikal begitu. Itu yang diberikan padanya oleh suratan kun fayakun. Tapi, lumrah manusia itu, yang chantek dipuja2, yang buruk dihina2. Bukan pula dihina semata, tapi disingkir seperti tidak pernah wujud. Bila perlunya dicari juga. Cuma seketika itu. Sebalikya, yang chantek ,harus selalu didampingi dek kerana keindahannya yang mengasyikkan. Tak kira apapun watak, sehensem Mawi, sehitam Ketot, segemuk Bulat, selemah Rudi tetap mengimpikan yang menawan Zurina. Tapi apapun watak mereka, Ila watak kecik tapi saya dukung semangat dan kekuatanya. Bukan sebarang hitam dan kurang menarik, yang penting 'isi dalamnya'. Macam durian, luarnya buruk, baunya menusuk dan luarnya tajam.Selalu dikutuk dan dicerca kerana bukan semua suka. Tapi siapa sangka, ada isi yang manis yang harganya menjangkau ratusan ringgit sebiji. Kalau Ila sudahpun tahu dan sudah berada pada masa hadapannya, saya pula? Hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.

No comments:

Post a Comment

tourist