Wednesday, December 22, 2010

:::Cap Ibu dan Anak:::



Betullah. kuasa membeli itu ditangan wanita. Bukti, x usah jauh lihat saja SOGO. 98% adalah yang berjantina "F". Tangannya bergondong2 beg kertas. Wah, dah memang naseb badanmu. Pantang nampak. Sesuai la dengan nisbah akal. Nafsumu saja 9 akal cuma 1.

Tidak terkecuali, puan chenta saya. Waaah, sebentar td baru jejak KLCC. Padahal, rumah dengan bangunan ini sekangkang kera. Tadahal nak pegi bila2. Beg yg ada dalam almari pon x luak2. Rupanya ini bila kita da punya wang besar (besarlah bg yg sdg belajar =P). Sakan tahap x hengat. Biarkan.

mengeluh.

Ini yang saya patut akur dan tidak boleh nafi lg kebenarannya. Walaubagaimana saya mengutuk amalan ini pun, nescaya satu ari nanti saya pon seangkatan dengan mereka. Belum masa mungkin. Kerna dalam separa sedar, saya sendiri sudah punya koleksi beg tangan (walaupun cap ayam dan x ley celen puan saya punye yg sealmari 2 ha..haha) Nah! Padan muke saya.

Contohkan saja Puan Chenta saya, kurang 2 jam yg saya taruhkan untuk berdating, ini hasilnya.






dan juga beg tangan
(perghh, sudah simpan rapi. Takot kotor katanya. **sengih sinis)



penat. Tapi saya puas tengok die sengeh2. Suka la tu.




Tapi sebenarnya, ini bukan yang ingin dcerita. Isi sebenarnya, saya memang cintakan puan saya. Masa dating berdua tadi, bahagia saya hanya ada bersama dia. Mungkin benar, syurga itu ada pada ibu. Biar apa pun dia, bagi saya sudah cukup sempurna. Tiada pendua. Dari setiap sudut apa yang ada pada saya, dia tentu tahu. Mungkin suatu saat nanti, saya akan rindukan saat2 saya cium dia lagi.


Itu saya pasti.


Allah, simpankan chenta saya baek2. Jangan ada calar dimana2 apatah lagi dihatinya. Saya pinjam dia sekejap cuma, kerana dia kepunyaan-Mu yang selama.


(memang benar dia terpaling indah saya ada)


Nota kaki : Jangan di leterkan orang yg gila berbelanja. Kadang2, itu lah cara dia menghiburkan hatinya atas dasar tebus titik peluh sendiri. Cara kita mengappreciate diri kita dengan imbal balik keseronokan. Baru semangat nak keje.Tapi, harus berpada2. Jangan nanti syaitan senyum bangga kerana sudah berteman.

No comments:

Post a Comment

tourist