Friday, December 31, 2010

::: Pesta Hiruk Pikuk Ibu Negara :::


Deep breath.

Satu pekerjaan yang kalau ditampar muka sejuta kali pon masih tak percaya oleh diri sendiri. Sesak? Bising? Fashion show terbuka? Drama barat pelakon tempatan? Mungkin saja buat pertama dan terakhir kalinya.



..2011 New Year celebration in KLCC..

menanti detik 00.00




Padat dan likat.




oh, ini cara menggembirakan kanak2 rebena.






Saya adalah manusia bukan saja2 nak menyambut ini semua. Bersebab. Jadi, untuk memenuhi rasa kegembiraan chenta2, saya turuti. Apa yang dimatlamatkan dari aktiviti ini adalah melihat mereka ketawa gembira. Gelak sakan. Jerit melolong. DOne!




ini sudah cukup cerita segalanyakan?



Apapun ianya, meriah dan bingit dengan pekik lolong. Waktu jadi kaya peniaga umpan kanak2. Kerana pada kebiasaan, saya langsung tidak kisah untuk melihat awan dipanah api (bunga api) dialasankan KLCC adalah di belakang rumah. Selalunya sambut atas katil dan dalam mimpi indah itu lagi sempurna. Apapun, ini adalah pengalaman. Dan menyesal itu tidak.

Nota kaki : lepas balik dari tempat semacam ini dan tengok budak bawah umor ini ketawa2 dan asik nak bercerita pasal bunga api maknanya misi kita berjaya kan?



oh! cerita ini memang suda basi tapi asli!

Wednesday, December 29, 2010

::: BarakAllah:::




As you happily look forward to all you're dreaming of, may you be blessed with love and happiness forever!

c.0.n.g.r.a.t.u.l.a.t.i.o.n

solemnization
-Mohd Aidrus & Siti Fasiha-

Dec 2010

Tuesday, December 28, 2010

:::waiting for the rainbow comes:::

I'm quite fed up with something I do not know where it came from. I hope there will be a ray of sun came shining. And for the dark days, good bye to your loneliness. For colourfull days, I look forward to your appearance. For happiness, I pray for strength to I catch the star.

"can i?"

Monday, December 27, 2010

:::oh roda! masih berputarkah?:::

sudah hukum karma mungkin
kalo roda berhenti dan tidak bergerak
jangan sangka dia akan di situ selamanya
kerana putarnya itu pasti
walau sekadar angin kecil
sudah dasar fiziknya bulat
pasti jua berputar
dan lebih sadis jika tiba2 berada dibawah
bertahun lamanya diatas sehingga lupa tanah
gedebukk!
nah, itu rasanya!
sakitkan bila tiba2 jatuh?

nota kaki : bukan mentertawakan fulan. buat peringatan diri sendiri juga. Inilah penangan bila badai menimpa diri lalu menjadi bala. Semoga kuat dan tidak jatuh dilubang yang sama buat kesekian kali. Kerana ada pepatah, b*d*hnya manusia itu bila jatuh dilubang yang sama berkali2.



Friday, December 24, 2010

:::The Best Award Of The Year:::

"sekiranya anda masih hingusan dan jalan baru bertatih, tolong jangan cuba2 melakonkan watak seolah2 anda matang yang dibuat2. Kerana ternyata ia memualkan serta memuakkan setiap lapisan masyarakat"


-fieyza syakir-



penat teramat. (sigh)


manusia itu berbeza kualitinya
rambut sahaja sama hitam
panjang akalnya tak sama.
putih kulitnya tapi hati sewangi mana.
jangan yang itam itu dikata huduh
sedangkan putih juga banyak onarnya


oh manusia! pelakon terhebat menggugat.




Thursday, December 23, 2010

:::Terima Kasih Cikgu:::

Bangga.

Hari ini ada yang pulang ke rumah dengan senyuman ke telinga. Nah! Pulangan lumayan buat seorang guru. Bukan sekadar gajinya, tapi ilmu itu benar2 melekat. Inche' Adil itu benar2 sudah menjadi. Kalo dulu dia la abg, dia jugak musuh dan dia jugaklah kawan. Sekarang dia pahlawan. Benar kata pak cik semalam yang ditujukan khas padaku. Gaji seorang guru itu tidaklah boleh menjadikan kita seorang billioner, tapi setiap patah katanya bisa buat kita jadi jutawan pahala. Nah, siapa tidak mahu kan?



Buat musuh saya yang handsome dan bonchet:


Tahniah untuk kejayaan itu. Pasti simpanan mu di Sana nanti sedang melonjak (jeles ok!). Next tyme, kasik la kanak2 rebena itu hadiah buat kejayaan PMR mereka. Nanti mereka pasti suka. =P


Nota kaki : masih teringat ucapan Pak Cik baek hati itu, dalam nada nakal saya jawab "Pak Cik, kesian umi nanti kalo pija jadi cikgu jugak. Nanti dekat meja makan kami buat meeting pasal anak2 murid. Umi maw cakap ape? " haha

(sedang membayangkan kalau tiba2 menjelma jadi cikgu. Kasihan anak murid saya. Aisshhh)






Wednesday, December 22, 2010

:::Cap Ibu dan Anak:::



Betullah. kuasa membeli itu ditangan wanita. Bukti, x usah jauh lihat saja SOGO. 98% adalah yang berjantina "F". Tangannya bergondong2 beg kertas. Wah, dah memang naseb badanmu. Pantang nampak. Sesuai la dengan nisbah akal. Nafsumu saja 9 akal cuma 1.

Tidak terkecuali, puan chenta saya. Waaah, sebentar td baru jejak KLCC. Padahal, rumah dengan bangunan ini sekangkang kera. Tadahal nak pegi bila2. Beg yg ada dalam almari pon x luak2. Rupanya ini bila kita da punya wang besar (besarlah bg yg sdg belajar =P). Sakan tahap x hengat. Biarkan.

mengeluh.

Ini yang saya patut akur dan tidak boleh nafi lg kebenarannya. Walaubagaimana saya mengutuk amalan ini pun, nescaya satu ari nanti saya pon seangkatan dengan mereka. Belum masa mungkin. Kerna dalam separa sedar, saya sendiri sudah punya koleksi beg tangan (walaupun cap ayam dan x ley celen puan saya punye yg sealmari 2 ha..haha) Nah! Padan muke saya.

Contohkan saja Puan Chenta saya, kurang 2 jam yg saya taruhkan untuk berdating, ini hasilnya.






dan juga beg tangan
(perghh, sudah simpan rapi. Takot kotor katanya. **sengih sinis)



penat. Tapi saya puas tengok die sengeh2. Suka la tu.




Tapi sebenarnya, ini bukan yang ingin dcerita. Isi sebenarnya, saya memang cintakan puan saya. Masa dating berdua tadi, bahagia saya hanya ada bersama dia. Mungkin benar, syurga itu ada pada ibu. Biar apa pun dia, bagi saya sudah cukup sempurna. Tiada pendua. Dari setiap sudut apa yang ada pada saya, dia tentu tahu. Mungkin suatu saat nanti, saya akan rindukan saat2 saya cium dia lagi.


Itu saya pasti.


Allah, simpankan chenta saya baek2. Jangan ada calar dimana2 apatah lagi dihatinya. Saya pinjam dia sekejap cuma, kerana dia kepunyaan-Mu yang selama.


(memang benar dia terpaling indah saya ada)


Nota kaki : Jangan di leterkan orang yg gila berbelanja. Kadang2, itu lah cara dia menghiburkan hatinya atas dasar tebus titik peluh sendiri. Cara kita mengappreciate diri kita dengan imbal balik keseronokan. Baru semangat nak keje.Tapi, harus berpada2. Jangan nanti syaitan senyum bangga kerana sudah berteman.

Tuesday, December 21, 2010

:::alpa dalam kepunyaan sementara:::



kegagalan adalah sesuatu yang bermakna jika kerana ia, kita bersungguh memperbaikinya

manakala

kejayaan adalah suatu yang sia2 jika kerana ia, kita lalai menghadapinya





nota kaki: memang lumrah, manusia itu cepat bangga untuk kegembiraan sekecil kuman. Kerana kuman itu juga dia lupa erti syukur

Monday, December 20, 2010

:::k.o.s.o.n.g:::



bila kosong. tiada. tidak punya.

bersungut.


jika ada, berpunya, penuh.

juga bersungut.



manusia memang unik dan bermacam2 hal.

(mengada)



p/s : benar kata orang. manusia ini lebih susah bersyukur daripada bersabar.


Friday, December 17, 2010

::: Precious Pearl:::





Baru kejap tadi sahaja, saya langsai menonton "Tentang Bulan". Full . Terus terang katakan, saya rasa apa yang dia rasa. Watak Ila dalam cerita ini betul2 mengguris hati menyentap jiwa raga. Setiap apa yang ditangisi, jujur katakan , saya juga rasa. Walau bukan 100% inchi cerita sama, imbal balik tak jauh mana. Logiknya, sudah pasti bukan dipinta dirinya berpewatakan dan berfizikal begitu. Itu yang diberikan padanya oleh suratan kun fayakun. Tapi, lumrah manusia itu, yang chantek dipuja2, yang buruk dihina2. Bukan pula dihina semata, tapi disingkir seperti tidak pernah wujud. Bila perlunya dicari juga. Cuma seketika itu. Sebalikya, yang chantek ,harus selalu didampingi dek kerana keindahannya yang mengasyikkan. Tak kira apapun watak, sehensem Mawi, sehitam Ketot, segemuk Bulat, selemah Rudi tetap mengimpikan yang menawan Zurina. Tapi apapun watak mereka, Ila watak kecik tapi saya dukung semangat dan kekuatanya. Bukan sebarang hitam dan kurang menarik, yang penting 'isi dalamnya'. Macam durian, luarnya buruk, baunya menusuk dan luarnya tajam.Selalu dikutuk dan dicerca kerana bukan semua suka. Tapi siapa sangka, ada isi yang manis yang harganya menjangkau ratusan ringgit sebiji. Kalau Ila sudahpun tahu dan sudah berada pada masa hadapannya, saya pula? Hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.

Thursday, December 16, 2010

::: Family's Trip in Melaka 2010:::



dek kerana 2 jejaka terhensem semalaya telah merojak a.k.a merajok x dapat ikut g Medan, dengan rasa riang gembiranya kami pun menghabeskan sisa2 holiday ke Melaka Bandaraya Bersejarah berdasarkan permintaan buya tersayang. Kata orang, selalunya kalo yang dirancang2 pasti ada je yang menghalang. Tapi ini sebaliknya. Keje on de sport. Tak yah pk panjang terus gerak..haha..Kereta?? tawakal kan aje. Dengan kehebatan drift abg adil, xde la lame mana. 2 jam sampay. (pada yang mempunyai lemah semangat sila jgn pasang niat sikit pon nak naek dengan die. Kene banyak istigfar nanti.). Dan berikut adalah kronologi rentetan perjalanan kami sekeluarga.



.MENARA TAMING SARI.1




.MENARA TAMING SARI.2





.MUZIUM UMNO MELAKA.





.MUZIUM OF ENDURING BEAUTY.





.MODEL KERETAPI LAMA.

.

.MODEL KAPAL TERBANG LAMA.


.MODEL MERIAM LAMA.


.MODEL KERETAPI S.LUKUT.














.DATARAN PAHLAWAN.1





.DATARAN PAHLAWAN.2






.TAMAN BUNGA MERDEKA.




.SUNGAI MELAKA.1



.SUNGAI MELAKA.2







.SAN SHU GONG.







.JONKER WALK.1









.JONKER WALK.2




.JONKER WALK.3




.JONKER WALK.4





.JONKER WALK.5





.JALAN HANG JEBAT.





.RIVER CRUISE.1





.RIVER CRUISE.2







.RIVER CRUISE.2




.RIVER CRUISE.3





.RIVER CRUISE.4



.BAZAR infront MUZIUM SAMUDERA.








.MUZIUM SAMUDERA. a.k.a KAPAL BESAR.1





.MUZIUM SAMUDERA. a.k.a KAPAL BESAR.2



.MUZIUM SAMUDERA. a.k.a KAPAL BESAR.3






.MUZIUM SAMUDERA. a.k.a KAPAL BESAR.4








.KINCIR AIR KESULTANAN MELAYU MELAKA.1





.KINCIR AIR KESULTANAN MELAYU MELAKA.1





.TAMAN SERIBU BUNGA.1





.TAMAN SERIBU BUNGA.2





.TAMAN SERIBU BUNGA.3





.TAMAN SERIBU BUNGA.4




.TAMAN SERIBU BUNGA.5





.TAMAN SERIBU BUNGA.6










note : 2 hari adalah tak mencukupi. Buat my luvly auntie & dearest uncle (p.teguh,p.dila, p.fie, p.ayie, p.ishak) n family, ada rezeki kite jalan2 ke sini yach!


tourist