Wednesday, October 27, 2010

:::alahai badan:::



hahaha. hari yang penuh haru biru dan rase yang tidak menyamankan. Yang penting, hari ini merupakan hari surrounding membebel tanpa henti. Aissshh.. bosan...bla..bla..bla..bla...bla..bla..bla..bla..(x penat ka mereka?)

setelah perut menunjukkan belangnya,tekak menunjukkan taringnya, rase macam ada asid dekat ulu ati n loya yg main2 x nak kuar. sudah semalam die bermukim. mahu tidak mahu gagahkan diri yang longlai ni pegi jugak klinik. Itu adalah suatu tempat yg paling x disukai ok!

Jalan rase cam da x jejak bumi. Otak da x kat mane2. Masuk je klinik muka memang da cannot go. Bak kata orang, macam muka 2o sen. ahaha. Dengan kuasa vektor bermuka begi2, mereka pon bertanya dengan serius. "kenapa deq, nampak x larat je" (ade ke org dtg klinik muka nak ketawa2). "saya sakit perut kakak". Lalu dapat masuk tanpa tunggu turn. (Yahhooo). Perkara ni yg selalu nurse sana paksa buat yang rasa nak marah bila diri enggan. TIDUR. sudah satu ratus lima puluh juta kali dibilang "saya ta nak baring kakak, t saya nak muntah". itu jugak yang dia suruh buat. Aishhh. Mungkin kene cakap bahasa tagalog lepas ni.

masuk2 MA tu check BP (Blood pressure) : ok adeq, tinggi! (bagos, pencapaian yang membanggakan! umi pon kalah..haha)ntah mane datangnya darah tinggi neyh.

bilek DR : DR yang sama dengan DR sebelum ini. MALU ok. lepas die tanye seribu satu soalan dan jawapan yang diberikan adalah nak tak nak sebab tahan sakit yang mengada2 ini. Ceramah dan khutbah juga diselitkan bersama. aisshhh..Ok. Dan sekali lagi...argghhh..perkara yang die buat tp owg x suke. die check perut sambil "bercaklempong"..tuk tuk..tuk..tuk..ok. Perut saya memang kompang inche; DR.. Lepas tu Dr terus ckap, "ok masuk wad buat observation. dalam ati terus melolong "apaaaaaaaa! waaaaaad?" (well done pija)

wad : bajet memang lari dan meleset. Saya nak check aja ok. Wad yg seram suh duduk sorang2. Wad baru yang besar tapi ada satu tilam, 2 kusi tetamu dan satu meja nurse n kusi die. Seram kot. Tetibe teringat suster ngesot.. Adessss...masuk2 nurse bg ubat yang sangat lazat..cittttt..ambil dan saya senyum. Nurse ni memang bagus. Macam tau2 je, sebelum dia keluar dia pesan. "deq, jangan x makan pulak ubat tu ye" ha ha ha. Kantoi. Baiklah. dan disuruh lagi tidur. aiishhh. "ok nurse" tp saya masih duk tercangak kat kusi. Ha ha ha. Maaf ye nurse saya memang DEGIL.

mane boleh tidur. tepon umi lah. dan seribu satu c
eramah lagi.

buya pulak . dua ribu dua khutbah pulak.

dan mereka2 yang lain bergrandmotherstory lagik dan lagik.



lepas DR melawat beberapa kali sambil saya duduk bertinggung di atas kusi sebab nurse ngadu banyak kali yang saya x nak baring, DR hanya boleh senyum.(nurse kat sini memang kuat ngadu kt DR) Ha ha ha. dah besar tapi degil.memandangkan DEGIL lg besar melawan SAKIT, mau pulang jugak. X KIRE. "DR saya nak balik..huhu" DR n nurse pon hagaknye menyampah tapi layankan aja pesakit yang muka baik ini (cewaah) benarkan balik..yahoooOo..eyh, nak gelak pon pedih jugak neyh.

observation punye observation, kalo dulu, muka ni la yang salu ceramah owg jgn lambat makan, jgn x makan. Hukum karma kene balik kat muko den. KUALAT . Gud! a.k.a padan muka!. ini lah rupenye penyakitnya.

GASTRIK

sebelum tu, suka saya nyatakan beberapa dialog menarik semasa sakit ini berlangsung dengan jayanya.

umi : alahai nakkkk...jage lah diri tu..kita tak ada sapa2 kat sana. Kenapa pulak boleh jadi cam ni. Ada bawak baju x? (ok, gaya umi mcm suh lama2 jew). Dah makan ke belom. Beli la roti bla bla bla (x sempat nak bershoping umi sayang..sakit bonar da ni)

buya : .ceramah. (penat jugak dengar). Jangan nak pandai2 x makan, pahammmmmmm! (jawab macam askar jugak. "fahaaam encik" hihi

abg adil : terus marah dan marah. Ceramah lagi. bla bla bla. Dah la adeq sorg, kalo x de kang (ha, yang ni nak terharu..tp dialog last tu mmg besh. nak sangat adeq ni mati ka" haha. "ni x makan sebab nak diet ke x de duit??" malas nak jawab tapi sengeh jew la. dan beberapa jam kemudian >>> duit abg da masukkan. Jangan x makan agi. ARAHAN (sakit dalam suka) hahaha

nurse : die la yang paling banyak ceramah dari pada yg lain. Tp die nice. Part paling besh bile die menerangkan sebab apa saya sakit(mengalahkan DR) dgn formula kimia sekali. "adek sakit sebab bla bla bla. Ni disebabkan udara + asid = bla bla bla" (smbil berpura2 tekun mendengar)...blom + pantang larang dlam makanan.ZzzZz

abg farmasi : die bagi ubat gastrik (x suke name sakit tu ok) saje nak sahkan. DR x cakap owg gastrik pun. Die hanya berceramah dan menerangkan pasal ulu hati je. haha. dengan rasa baik hati die pun cerita lagi dan lagi. soalan saya "ohhh, gastrik jugaklah ea?" die sambung cerita lagi sambil x menjawab soalan. hahaha.

roomate : hahaha. owg dapat title baru. OKU.

dan kata-kata mereka yang lain adalah

>padan muke (kata2 semangat..yeaahh)
> seronok makan ni kan..makan tu kan sambil mereka menunjukkan kelazatan makan dihadapan beta. (maklom la hanya dibenarkan makan bubur dan air susu & seangkatan) mmg DR ni kadang2 kejam.
> mari kite sme makan nasi yang sungguh lazattt...(cittt)

untuk proses baik pulih, tidak dibenarkan makan benda yg keras (termasuklah nasik, masam, pedas dan yg len. Dgn kata len, DR suggest makan bubur dan roti tanpa jem. Untuk itu, hilang nikmat makan selama seminggu ini (natijah x menggunakankan nikmat yang ada sebaiknya)...hahahaha..gud job pija! (peh ni boley teruskan x makan nasi lagi =P)

hidangan yg lazat daripada DR.
.time kasih DR.

=P



No comments:

Post a Comment

tourist