Sunday, October 31, 2010

:::cool-cooler-coolest:::


hari ke-3 tanpa matahari di kepala..tinggal di asrama seakan tinggal d OVERSEA..sejuk yg teramat infiniti..pakaian adalah sweater seperti orang kebanyakan di EROPAH. Bunyik ombak kuat dari biasa. Sepertinya ingin beli tiket ke padang pasir (MESIR pon ok ) atau beli baju sejuk yg berbulu2 macam KOREAN..saya juga perlukan matahari lalu ingin ke JAPAN juge..aishhh ..keliru!



mungkinkah Hot Chocolate disusuli Nice Blanket punya jawapan? hik3
(^_______________^)


Saturday, October 30, 2010

:::shout wave:::



pukul ombak kuat.
bertubi lalu jaga.
bolos dinding telinga
seakan mau tembus dinding batu.
gaduh seakan ke noktah.
amuknya bukan kepalang
diam tapi berjaga.



"tidur mata, kita punya misi esok hari"

Friday, October 29, 2010

:::congrates beb!:::







A happy marriage is a new beginning of life, a new starting point for happiness and usefulness.
May you always feel as close as you do this day.
May your lives be graced with good health.
May you always find happiness in your home, and may it be a refuge from the storms of life.
May your love grow ever stronger as you share your lives together, and may your future be even more wonderful than you dreamed possible
n remember that i will lurve u till the end
~f.r.i.e.n.d~












~wakil kami dari kejauhan~










dan pendahulu antara kita telah pun meraihnya.
moga kekal abadi selamanya


29 oktober 2010
anis & khairul
~ solemnization~


p/s : sebagai ahli termuda mendoakan bakal menyusul yang lain dengan cepatnya.


Wednesday, October 27, 2010

:::alahai badan:::



hahaha. hari yang penuh haru biru dan rase yang tidak menyamankan. Yang penting, hari ini merupakan hari surrounding membebel tanpa henti. Aissshh.. bosan...bla..bla..bla..bla...bla..bla..bla..bla..(x penat ka mereka?)

setelah perut menunjukkan belangnya,tekak menunjukkan taringnya, rase macam ada asid dekat ulu ati n loya yg main2 x nak kuar. sudah semalam die bermukim. mahu tidak mahu gagahkan diri yang longlai ni pegi jugak klinik. Itu adalah suatu tempat yg paling x disukai ok!

Jalan rase cam da x jejak bumi. Otak da x kat mane2. Masuk je klinik muka memang da cannot go. Bak kata orang, macam muka 2o sen. ahaha. Dengan kuasa vektor bermuka begi2, mereka pon bertanya dengan serius. "kenapa deq, nampak x larat je" (ade ke org dtg klinik muka nak ketawa2). "saya sakit perut kakak". Lalu dapat masuk tanpa tunggu turn. (Yahhooo). Perkara ni yg selalu nurse sana paksa buat yang rasa nak marah bila diri enggan. TIDUR. sudah satu ratus lima puluh juta kali dibilang "saya ta nak baring kakak, t saya nak muntah". itu jugak yang dia suruh buat. Aishhh. Mungkin kene cakap bahasa tagalog lepas ni.

masuk2 MA tu check BP (Blood pressure) : ok adeq, tinggi! (bagos, pencapaian yang membanggakan! umi pon kalah..haha)ntah mane datangnya darah tinggi neyh.

bilek DR : DR yang sama dengan DR sebelum ini. MALU ok. lepas die tanye seribu satu soalan dan jawapan yang diberikan adalah nak tak nak sebab tahan sakit yang mengada2 ini. Ceramah dan khutbah juga diselitkan bersama. aisshhh..Ok. Dan sekali lagi...argghhh..perkara yang die buat tp owg x suke. die check perut sambil "bercaklempong"..tuk tuk..tuk..tuk..ok. Perut saya memang kompang inche; DR.. Lepas tu Dr terus ckap, "ok masuk wad buat observation. dalam ati terus melolong "apaaaaaaaa! waaaaaad?" (well done pija)

wad : bajet memang lari dan meleset. Saya nak check aja ok. Wad yg seram suh duduk sorang2. Wad baru yang besar tapi ada satu tilam, 2 kusi tetamu dan satu meja nurse n kusi die. Seram kot. Tetibe teringat suster ngesot.. Adessss...masuk2 nurse bg ubat yang sangat lazat..cittttt..ambil dan saya senyum. Nurse ni memang bagus. Macam tau2 je, sebelum dia keluar dia pesan. "deq, jangan x makan pulak ubat tu ye" ha ha ha. Kantoi. Baiklah. dan disuruh lagi tidur. aiishhh. "ok nurse" tp saya masih duk tercangak kat kusi. Ha ha ha. Maaf ye nurse saya memang DEGIL.

mane boleh tidur. tepon umi lah. dan seribu satu c
eramah lagi.

buya pulak . dua ribu dua khutbah pulak.

dan mereka2 yang lain bergrandmotherstory lagik dan lagik.



lepas DR melawat beberapa kali sambil saya duduk bertinggung di atas kusi sebab nurse ngadu banyak kali yang saya x nak baring, DR hanya boleh senyum.(nurse kat sini memang kuat ngadu kt DR) Ha ha ha. dah besar tapi degil.memandangkan DEGIL lg besar melawan SAKIT, mau pulang jugak. X KIRE. "DR saya nak balik..huhu" DR n nurse pon hagaknye menyampah tapi layankan aja pesakit yang muka baik ini (cewaah) benarkan balik..yahoooOo..eyh, nak gelak pon pedih jugak neyh.

observation punye observation, kalo dulu, muka ni la yang salu ceramah owg jgn lambat makan, jgn x makan. Hukum karma kene balik kat muko den. KUALAT . Gud! a.k.a padan muka!. ini lah rupenye penyakitnya.

GASTRIK

sebelum tu, suka saya nyatakan beberapa dialog menarik semasa sakit ini berlangsung dengan jayanya.

umi : alahai nakkkk...jage lah diri tu..kita tak ada sapa2 kat sana. Kenapa pulak boleh jadi cam ni. Ada bawak baju x? (ok, gaya umi mcm suh lama2 jew). Dah makan ke belom. Beli la roti bla bla bla (x sempat nak bershoping umi sayang..sakit bonar da ni)

buya : .ceramah. (penat jugak dengar). Jangan nak pandai2 x makan, pahammmmmmm! (jawab macam askar jugak. "fahaaam encik" hihi

abg adil : terus marah dan marah. Ceramah lagi. bla bla bla. Dah la adeq sorg, kalo x de kang (ha, yang ni nak terharu..tp dialog last tu mmg besh. nak sangat adeq ni mati ka" haha. "ni x makan sebab nak diet ke x de duit??" malas nak jawab tapi sengeh jew la. dan beberapa jam kemudian >>> duit abg da masukkan. Jangan x makan agi. ARAHAN (sakit dalam suka) hahaha

nurse : die la yang paling banyak ceramah dari pada yg lain. Tp die nice. Part paling besh bile die menerangkan sebab apa saya sakit(mengalahkan DR) dgn formula kimia sekali. "adek sakit sebab bla bla bla. Ni disebabkan udara + asid = bla bla bla" (smbil berpura2 tekun mendengar)...blom + pantang larang dlam makanan.ZzzZz

abg farmasi : die bagi ubat gastrik (x suke name sakit tu ok) saje nak sahkan. DR x cakap owg gastrik pun. Die hanya berceramah dan menerangkan pasal ulu hati je. haha. dengan rasa baik hati die pun cerita lagi dan lagi. soalan saya "ohhh, gastrik jugaklah ea?" die sambung cerita lagi sambil x menjawab soalan. hahaha.

roomate : hahaha. owg dapat title baru. OKU.

dan kata-kata mereka yang lain adalah

>padan muke (kata2 semangat..yeaahh)
> seronok makan ni kan..makan tu kan sambil mereka menunjukkan kelazatan makan dihadapan beta. (maklom la hanya dibenarkan makan bubur dan air susu & seangkatan) mmg DR ni kadang2 kejam.
> mari kite sme makan nasi yang sungguh lazattt...(cittt)

untuk proses baik pulih, tidak dibenarkan makan benda yg keras (termasuklah nasik, masam, pedas dan yg len. Dgn kata len, DR suggest makan bubur dan roti tanpa jem. Untuk itu, hilang nikmat makan selama seminggu ini (natijah x menggunakankan nikmat yang ada sebaiknya)...hahahaha..gud job pija! (peh ni boley teruskan x makan nasi lagi =P)

hidangan yg lazat daripada DR.
.time kasih DR.

=P



Sunday, October 24, 2010

:::Like shadow:::





Kadang2.

perlu untuk simpan sedikit kematangan

dulikkan ketawa sinis manusia sini sana

mereka sendiri belum pasti sedang bahagia

nikmati sepuasnya lagi punya kesempatan


Gembira, terima kasih kerana hadir bersama gelak tawa




























































































































“Like Shadow”

19-10-2010

jelmaan kanak2 riang







"kebahagiaan kita tak cari, kita cipta"


Credit to:

Ct, eyenee, fyza n me ;)







Saturday, October 23, 2010

:::imagination overload:::


ok, ini cerita fantasi saya.

seperti nama blog ini juga

saya seorang yang tersangat kuat berangan2.

mat jenin????????

OhhHhHhHHH..

saya merupakan jiran sebelah rumah mak cik saudara kepada mat jenin

kenapa ya.,,

saya selalOo berkhayal hidup di duNia yang sungguh unik + pelik

ok!! itu angan saya

suka hati saya la nak berangan ape pon kan.














dan pada hari ini dan kebiasaan.


berangan2 itu perlu harus mesti.












oleh kerana saya penchenta merah jambu

mana2 yang ada kaitan dengannya


adalah telampau indah, mempersonakan dan menenangkan


kalau boleh, setiap satu apa-apa kepunyaan saya

bewarna merah jambu

macam kanak2 rebena ni
.
.
.
.
V
V
V

..memang sYiOooK abesss..

(ok, saya da besar!)








pernah terdetik dlm rangka isi otak yg plg dlm,


ada tak mana2 ceruk dkt dunia ni yang semuanya bewarna pink???



(naga kaler pink? seram la pulak)





dan dalam kepala bulat saya ni jugaklah pernah terlintas

kenapa orang yang buat map tak nak letak warna pink?

macam ni
v
v
v
v
.
.
.


kan menarik org nak tengok & hapal.

konpem geografi dapat A.






yang paling seronok

part berangan jadi orang kaya

kali ni saya nak jadi jutawan yang low profile

x nak jadi glamour

kang kene bunuh pulak dek sebab orang dengki.

ala yang cam cite kat tb tu..









orang kaya umah dia besar kan??

saya tak duk umah.

saya duk istana. =P

nak mengata belagak la tu.
(cita2 ok! matlamat tu.)








ok, ini rumah saya

dan orang2 miskin yang x da rumah

saya ajak duk sekali

bila raya meriah

tak gaduh tengok umi pulon keje umah sorang2..hehe


buatpe duduk rumah besar2 kalo x dak orang


umi, buya n abg adil pun suka kalo ramai2.


maklomla, bilik banyak x da sapa nak duduk.



cantik kan rumah saya. opss kami.
(saya da booking nak beli tahun 20++ ok!)






.ok, ini bilik umi n buya.

sangat romantikkan..

..ewWww..





..this is mine..
double S

(simple + sweet)








.dreaming site.
tempat saya memuntahkan imaginasi


dan

kemudian berfantasi..ZzzzZz..

(mat jenin salu tumpang lepak..sibuk je!)








oppps..lampu ni mmg elegent.
berebut dengan ratOo elizebeth nak beli ni.
.limited edition.







meja study yang memang mempersonakan.
yang ni beli kat MELBOURNE.
sebab kat sane perabot die canggih.







jam ni pulak
.hadiah dari orang.
lindsay lohann suh jage elok2.






yang ni pulak
christina alguilera kasi.
dia kata die bagi set present tuk bakal anak sekali...chiitt..





Aiswary Rai pon same.

dia hiaskan satu bilik tuk budak kecik.

untuk cucu umi katanya.

anak abg adil la kot..haha


(x buley! lawa macam ni nak kasi anak abg adil..kirim salam)





eric leongg memang bagus dan berdedikasi.

dia buat tandas yang simple seperti yang diminta.

(sebab bersih sangat la ramai yang tumpang tdo)


aishhh, x paham betul la...








ok, sekarang cite pasal gadget plak.

pasal yang ini, mahal tidak perlu ok!

nanti kene rompak jadi kes lain.

yang murah2 sudah cukup.








g mana2.

mesti ada benda ni.

maklom.

gila kamera.





yang ni pon mesti ada.

kalo x camne nak update blog dan bermuka2. bermuka buku.






yang ni saja je beli.

nak bagi kawan pinjam bile ngantuk dengar lecture ngaja.

(dari die tdur baik suh die celik akal men game)





yang ni plak.
memang beli banyak.
bukan nak tepon sape2 pun
saje beli chasing banyak2 biar orang jeles.
ok, tutup pasal gadget.








meh cite pasal garden depan umah.

dekat umah, nak setiap tempat b'pasir n tanah yang ada

dtanam bunga ni
V
v
v
.
.
.



dan
bunga
ini


bawah pokok sakura diatas.
nak letak kusi ni.
biler bunga luruh.
memang rase cam kat korea.





(perhatian, untuk 2 orang sahaja!)




dekat garden tu jugak.
ada meja ni.

boleh buat candle light dinner.

(aipppp, untuk umi n buya ok!)









next, pakaian pulak.










ini adalah baju pink yang paling dichentai

smart + gorgeous kan!
(macam stalker la pulak)





saja nak tunjuk hanger vintage yang beli dekat itali ni.







ni pun saja beli untuk kawan-kawan.

diorang suka pakai cam gni.

exotic katanya.

(2x tgok cam jiran phua chu kang lak pakai cam gni)




walaupun saloo pakai bedak n celak je kuar,

sebenarnya make up owg banyak

cuma tak nak pakai je
.make up ni Taylor sWIFFT N tYYRA baNkk salu pinjam.






ini memang peberet stokin.

kaler die memang superb.

lawa dan menutup aurat =)

no wonder la kalO dia wangi

(jangan panday2 nak terbalikkan maksud "wangi" tu ea)







so, sesuai la dengan hill ni.

penah pakai k,

cuma x penah jejak lantai je tau.
serious lawa.

ni L-yaNAA kasi.

maklom la, salu g konsert dia bg peminat yg pkai

die rela berkaki ayam ja.





ok, keta plak.

ni kete yg ke-53

ni pun salu bagi kawan pinjam je

diorang kate teringin nak rasa

sian pulak x kasi





dalam ni

interior designer dari singapura yang hiaskan.



macam kete budak2 pun ada jugak.

tapi chumel.

ok2! suke2!






ok sekarang bab DAPUR.




oppss, lupa plak.

Pah Bedah ada dalam umah ni.

dia lantik sebagai Ketua Chef.

jadi suka ati die ja arrange kitchen jadi gni.

tp, lawa pe.

tinggi jugak test dia!

"gud job Bedah!"









yang lagi demand

dah bagi permission decorate dapur

semua pinggan die beli yang vintage punya.

naseb puan dio ni baek ati.

bolikan jugak la.


.Bedah memang superb.





penat dok cite ni,
akak bedah lupe bawak air.








"akak bedah, saya haus ni
bawakkan saya sirap ea"
low profile.
minum air orang kebanyakan je.
sedap ape!









"mana la akak ni"




"haus da ni"




"belom cite pasal kolam renang g"



"tennis court, food court, n court"


aishhhhh



akak bedah, ni mesti tengah bercinta dengan sudin kat belakang ni"


"akak bedah!"













kringggggggggggggggggggggggggggggg!!!









.....adeeeeeeeessssssssss....


...ok, saya bermimpi lagi..

mesti sebab lupa cuci kaki malam tadi.

adoyaiIIiiiii












p/s :puas sudah merapu! pemilik merah jambu memang tdak boleh dibiarkan sendirian untuk mengelakkan die menjadi terlaOo parah sebegini....sekian!




tourist