Tuesday, September 28, 2010

:::Bila mana berdiri depan cermin:::


Oh, memang tidak sepatutnya.


Terpaling lupa bila datang lalai

Terpaling kabut bila datang serabut

Terpaling pening bila datang pusing

Terpaling bising bila datang riuh

Terpaling khayal bila datang angan

Terpaling ramah bila datang ramai

Terpaling sedih bila datang luka

Terpaling gedik bila datang manja

Terpaling guris bila datang garis

Terpaling lemah bila datang masalah

Terpaling malas bila pergi rajin

Terpaling boros bila datang nafsu

Terpaling saing bila datang sengit

Terpaling emosi bila datang pencabar jalanan

Terpaling ngarut tak tentu tentu





Oh, bukan memuji tapi ini sebenarnya.


Terpaling uja bila datang semangat

Terpaling sayang bila datang cinta

Terpaling matang bila datang pengalaman

Terpaling amanah bila datang komitmen

Terpaling sibuk bila datang rajin

Terpaling rindu bila datang kenangan

Terpaling baik bila datang jahat

Terpaling kesian bila datang simpati

Terpaling lawak bila datang takwaras

Terpaling jujur bila rasa harus

Terpaling tulus bila rasa ikhlas

Terpaling pemurah bila rasa punya lebih

Terpaling luas telinga bila datang perkongsi duka


Terpaling simpati bila datang kesian



Oh,kenapa saya dalam dilemma.


Sukar untuk mengatakan” tidak” atas dasar sahabat

Sukar untuk mencarut walau hati menggelegak

Sukar marah walau muka merah padam

Sukar betulkan jam dalam kepala kerana sentiasa habis bateri

Sukar untuk menegur mereka yang batu

Sukar buat pilihan antara emas dan emas

Sukar berterus terang walau hati meronta-ronta

Sukar menerima lagi bila rasa itu sudah cukup sekali





Oh, kenapa saya elak bila yang ini.


Tolong jangan tanya siapa lelaki saya sekarang. BELUM BERMINAT untuk fikir kesekian kali.

Tolong jangan macam2 dengan saya. BUKAN DIAM maksud tiada apa apa.

Tolong jangan pijak kepala. Ketawa saya bukan untuk di raikan dengan kesempatan.

Tolong jangan berdrama untuk perkara-perkara yang tidak-tidak. MENJENGKELKAN.

Tolong jangan terlalu beremosi. Saya tidak berminat untuk turut simpati. Cukup sekadar.

Tolong jangan merayu jika rayuan anda adalah sampah dan tidak tulus. ANNOYING

Tolong jangan manis-manis sedangkan belakang buruk –buruk

Tolong jangan berlagak pandai menggunung sekiranya ilmu belum cukup. Saya tidak hormat. MENYAMPAH.

Tolong jangan mula mula itu dan lama lama ini.



Oh, sungguh tidak tipu.
Inilah PEMILIKMERAHJAMBU sebenarnya.

















P/S : untuk manusia dibawah ini. Sila pergi hujung sana jauh-jauh.
PENDUSTA/CAKAP BESAR.SOMBONG.BONGKAK.RIAK/DIA SAJA YANG BETUL/ DIA LA YANG TERSANGAT HEBAT/ MANUSIA PEMBUNUH/ SI KAYU TIGA/ LUPA DARATAN/ PENGEMIS WALAU KAYA/ TIDAK PERNAH CUKUP KESEKIAN KALINYA/ SELFISH / PENCINTA KECANTIKAN BERLEBIHAN/ OTAK KOSONG/LIDAH MACAM PISAU/ PEMBUAT ONAR/ HANCURKAN LAIN BILA MANA DIRI DI JULANG/BERGEMBIRA ATAS KELUKAAN YANG LAIN/ PENYAMUN HARTA DAN JIWA/ MANUSIA TIDAK RETI BERSYUKUR/MANUSIA YANG DIRUMAHNYA TIDAK WUJUD CERMIN / ANAK BUAH ATAU SAHABAT SYAITAN/ AL BALADATU.


-nauzubillahminzalik-



No comments:

Post a Comment

tourist