Friday, September 24, 2010

..::4 jasad pada 1 malam::..

Hari ini dalam sejarah.

Setelah tambah tolak 437 hari bermukim di negeri kopok losong, baru ini kaki berkesempatan berada di tengah pekat malam. Jam 11. Saya bukan budak yang sangat baik untuk menyatakan ini. Tapi sesungguhnya, mungkin saya memang janggal untuk ini semua. pertama tama.

Keluar malam

Kerana pada saya, pent house tumpangan saya adalah segala kerja untuk ditumpukkan 24/7. Sesungguhnya, mungkin 3 jasad tadi memahami apa yang cuba dsampaikan. Takut dalam berani. Sendiri tidak tahu apa yang ditakuti. Mungkin bayangan kata-kata orang tentang malam dan gadis. Penguat saya. Mereka tadi. Oh, saya tahu mereka bukan liar. Apa pun, saya tahu niat saya. Dalam jaga.

Setelah KOPITIAM menjadi platform pertukaran itu dan ini, merapu meracau, mengarut dan mengurat (eh, ini tiada), chit chat yang kadang-kadang rasa tidak perlu dikuatkan nada untuk perkongsian ilmu yang ekslusif (sesungguhnya nada memang tidak bisa tidak, pasti nya tinggi menggunung). Sesungguhnya, apabila 3 mulot ini digandingkan, sampai ke tahun depan bisa bersambung berzilion rantai ceritera dongeng dan kehendak realiti. Topik? tidak pernah akan habis.


Laju. Cik Leng Feng a.k.a lempeng, saya belum kawen pergi haji ok! Memang beza.


KT vs KL di tengah malam minggu

Sunyi. Nak drift silakan kalau rasa berani. Berani kena saman. Kirim salam kalau nak tengok jalan ni macam kita punya di KL. Malam minggu, lagi ligat yg terer-terer nak tujuk hero. Mereka banyak amal. Tak apa. Apa yang pasti, jelas jasad satu lagi disebelah tempat duduk memang gembira teramat. Kenapa? mungkin jiwa cik Tinggi sudah lama membuak ingin lari keluar. Saya tahu. Biarkan.


Kampung Cina. memang penuh silauan lampu2. Maklom, pesta tanglung. Ada satu ceruk yang kelihatan seperti pintu gerbang. Unik. Da macam bridge kat penang. Turun? oh, tidak. Sekadar perhati dari jauh. Cukup.


Next, WATERFRONT jadi sasaran sedangkan mata masih melihat jam. Lewat. Wah, saya dan tengah malam. Tidak perlu takut wahai hati. Cuma mahu bawa kamOo keluar meniup angin malam. Akan saya jaga kamOo. Tinggalkan semua cerita saya. Hanya malam dan kamOo. Tanda terima kasih saya pada hati yang setia pada jasad. jujur.

Berhenti. Sudah kemestian untuk mempotretkan keindahan malam. Hampa jika tiada walau satu. Bukan pantai jadi keutamaan. Tapi satu tapak yang jika difantasikan dalam fikiran merah jambu, wujud laman ala2kaktus (agaknnya) dan rumput hijau sekata. Kalau ditambah lopak air, bisa jadi pulau khayalan nan indah. Ok, saya sedang berkhayal. Maaf, sudah saya simpan kemas potret khayalan dalam memori kepala saya. Hanya ini dapat dikongsikan.


..:: 4 jiwa ditengah kota malam::..






mari kita bisik sama bintang bahawa dia memang cantik





tiba jam 2 pagi. pasti umi suka jika tahu.






p/s : terima kasih Allah untuk setiap kesempatan dan keindahan.




No comments:

Post a Comment

tourist